apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.11.11

Tak mahu satu, dua-dua ALLAH ambil! Kesian...

Surgery (library photo)
Assalamualaikum..... 


Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey!


Anda mengandung anak kembar. Setelah 32 minggu (8 bulan), kandungan anda didapati bermasalah. Satu daripada kembar didapati mempunyai masalah jantung dan doktor mahu anda membuang anak itu. Anda setuju.

Anda kemudian dibedah. Apakah perasaan anda bila anda mendapati kemudian bahawa bukan anak yang sakit itu yang telah dikeluarkan (mati) tetapi fetus yang sihat? 

Sedih? Marah? Kira nak saman aje? Redha?

Susah nak jawab, kan? 

Inilah yang berlaku di Australia. Insiden ini berlaku di Melbourne's Royal Women's Hospital. Ironinya, bila pihak hospital menyedari kesilapan mereka, satu pembedahan caesarean dilakukan sekali lagi dan bayi yang tidak sihat dan bermasalah jantung itu pula dibuang. 

Jadi, sekarang, wanita itu bukan kehilangan 1, malah kedua-dua anak kembarnya! 

Apa yang pihak hospital tu cakap selepas buat kesilapan tersebut?
"A distressing clinical accident occured" and apologizing "for the loss suffered by the woman and her family."
Isu besar ni... sehingga Menteri Kesihatan Negeri pun turut melahirkan kesedihan. Katanya, Hospital patut menyiasat secara independan (ambil staff luar la kut?) dan supaya keluarga diberikan pampasan. 
"There's no question that this is an incident that everyone would have preferred had not occurred,"
State Premier Ted Baillieu pula cakap, satu siasatan terperinci akan dibuat dan
"I don't think it's appropriate for anybody to draw any conclusions other than this is a horrible tragedy,"
Keluarga malang itu hanya mampu berkata bahawa ini ialah masa sukar mereka...

sofi: tumpang sedih...

======================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.