apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.11.11

Senyumlah walau hatimu disakiti


Assalamualaikum..... 

Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati. 

Kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. 

Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. 

Bila menangis tidak siapa yang tahu. 

Semuanya demi maruah diri.......

Walau siapa pun kita, di mana kita berada, 

Langit tetap dijunjung,

Tanah tetap dipijak. 

Selagi kita hidup,

Langkah mesti diteruskan! 

Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk ALLAH yang DIA sedang diuji.... 





==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.