apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.11.11

Sedetik Lebih Yang Punya??

Assalamualaikum.....

Kata orang, kalau dah bukan rezeki.... 

Maaflah Yuna, ya! Apa-apapun tahniah, sebab dapat juga jadi Juara Lagu Terbaik AIM 2011 untuk sedetik. 

Mungkin ada yang tidak tahu agaknya? Mungkin ada yang tanya... Untuk sedetik? Sekejap? Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Silap kira undi! Hahaha... (gelak jahat! ouch!)


Actually aku bukan gelakkan Yuna. No! Aku gelakkan penganjur Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 18. Gelak sinis kerana sakit hati. Sori, aku bukan peminat Yuna jadi rasa sakit hati tu bukan sebab aku sayang, suka Yuna dan lagu Yuna, k! Aku gelak sinis pada sikap penganjur yang langsung tidak prihatin terhadap perasaan orang.   

Bayangkan kalau anda diberikan hadiah. Lepas tu, tiba-tiba, secara terbuka si pemberi hadiah cakap pada anda, 
"Hello! Sori, I silap bagi hadiah tu pada you. You tak layak dapat. Actually, I nak bagi pada si folan bin folan..."
Malu tak? Malu woo....

Tapi tak apa. Think positive! Chaiyok Yuna!!!

Kata Yuna dalam Harian Metro ini:
Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan. Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan, sudah tentu rasa terkilan.
Ya, siapa yang tidak terkilan. Tapi, jadikan ini pengajaran. Ingat bahawa, selagi manusia yang merencana sesuatu, ia tidak akan sempurna. Tidak pernah sempurna mahupun yang terbaekkk! 

So, kalau bukan lagu si Yuna tu, lagu siapa yang patut menjuarai Anugerah Lagu Terbaik AIM 18 tu? 

Syy.... dengar-dengarnya... Lagu Sedetik Lebih abang Nuar laa... Wow!

nota kaki:
Semoga Yuna tabah dan tidak mempedulikan cemuhan orang. Selamat maju jaya.  

======================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.