Follow Us @soratemplates

29.11.11

Sebak hati bila memahami...

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.

Sekali lagi, facebook menjadi tempat di mana aku mencungkil bakat-bakat sahabat fbku menulis dan mencoretkan sesuatu. Kali ini, aku selitkan apa yang dipostkan oleh Ranting Pena. Sebak rasa hati bila memahami...


Ya Allah,
jika aku jatuh, 
berikanlah kekuatan untukku 
untuk kembali berdiri 
supaya aku dapat melunaskan segala kewajipanku kepadaMU.

Ya Rabb ku,,,
Andai aku kecewa, 
Kau nyamankanlah hatiku 
dengan selembutnya kalam-kalammu 
yang dapat menyentuh hatiku

Ya Allah..
jika aku sedih, 
janganlah aku menangisi 
melebihi tangisanku kerana 
aku tidak dapat bangun sepertiga malam 
untuk bertahajud buatMU.

Ya RAbbi,
jika aku terpaksa menerima kehilangan, 
Kau berilah hatiku 
ketenangan untuk bersujud padamu 
untuk mencari redha dalam hatiku

YA Rahman
ampunilah dosa-dosaku, 
dan sesungguhnya aku tidak tahan... 
mendengar azab-azab yang Engkau sediakan kelak 
sepertimana yang Kau gariskan 
dalam kitab panduanku, Quran - nul - Qarim.
sungguh dasyat dan perit...

Ya Rahim 
Tempatkan aku, 
keluargaku, 
guru-guruku, 
kawan-kawanku, 
dan saudara seislam denganku, 
dalam keredhaanMU 
untuk meraih firdausMU 
yang kami dambakan 
dalam kehidupan ini...
insyaAllah.....

==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.