apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.11.11

PPSMI:berubah-ubah... siapa untung? siapa rugi?


Assalamualaikum..... 

Tahukah anda bahawa hari ini, 4 Nov, 2011, satu penjelasan mengenai pemansuhan PPSMI serta langkah kerajaan memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dibuat secara terperinci? 

Dari mana aku tahu? 

Ooo, itu ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia cakap, kerajaan tidak akan tunduk dengan sebarang desakan supaya pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dua tahun lalu, ditarik balik.


Tegas beliau, keputusan tersebut tidak dibuat secara terburu-buru sebaliknya adalah berdasarkan data serta maklumat hasil daripada pelaksanaan PPSMI. Mengenai sesi penjelasan yang akan dibuat esok, Muhyiddin berkata, ia berkaitan dengan soal yang berkaitan dengan peralihan para pelajar ekoran pemansuhan PPSMI.

''Kabinet pada 2009 membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. Oleh itu esok secara terperinci saya akan jelaskan satu persatu kerana kita tahu perkara ini mendapat perhatian daripada pihak ibu bapa.

Sebagai contoh saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ada seorang bapa menyatakan anaknya kini berada di dalam tingkatan 3 dan tahun depan tingkatan empat dan tahun seterusnya tingkatan lima,'' katanya.

Beliau berkata, bapa tersebut bimbang yang anaknya akan berhadapan dengan masalah sekiranya berlaku peralihan daripada PPSMI ke MBMMBI.

''Saya faham kerana saya juga ada anak. Esok saya akan umumkan bagaimana kelonggaran peralihan ini berlaku,'' katanya.

Jadi kita tunggu dan lihat dan dengar.....

Tetapi, ada pihak-pihak tertentu yang masih mendesak kerajaan menarik balik pemansuhan dasar PPSMI tersebut. 
''Kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan begini, kita tidak boleh terdesak dengan kumpulan kecil seperti itu. Saya tahu majoriti rakyat faham dan menerima keputusan tersebut. Saya juga tidak kata pengumuman esok akan menghentikan polemik. Negara kita bebas dan mereka mungkin akan terus mendesak. Hakikatnya keputusan ini bukan dibuat secara terburu-buru atau kepentingan politik tetapi ia berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara."
Berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara???? Ooo.....

Pihak yang meminta pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dikaji semula, seharusnya tidak mengamalkan sikap double standard berhubung isu berkenaan.
- Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi 

Beliau hairan bagaimana pihak tersebut hanya mempertahankan subjek Matematik dan Sains untuk diajar dalam bahasa ibunda mereka di Sekolah Jenis Kebangsaan tetapi di Sekolah Menengah Kebangsaan, ia diajar dalam bahasa Inggeris, seolah-olah tidak mahu Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu apatah lagi untuk memperkuatkan bahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan.
''Mereka tidak sepatutnya sangsi dengan dasar baru kementerian untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris melalui Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) kerana ia jauh lebih baik daripada pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris sebelum ini," 
Beliau mengulas kenyataan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang masih berharap kerajaan mengkaji PPSMI dan menjadikan ia sebagai medium pengajaran pilihan demi kebaikan semua pihak.

Di bawah ni aku ambil dr artikel BI... translate cket2 aje la, ya!

Siapakah mangsa dalam polisi kerajaan yang sekejap PPSMI dan sekejap mansuh PPSMI? 

Soalah mudah tu, jawapannya juga mudah.... Generasi muda kita! 

Aku ada anak yang baru lepas menduduki PMR. Kumpulan umur 15 tahun. Tahukah anda bahawa mereka ini merupakan generasi pertama bila PPSMI diwujudkan pada 2003? Kumpulan inilah yang belajar Maths and Science dalam B Inggeris. Sepanjang enam tahun di sekolah rendah, merekalah yang menguasai terms and everything yang cikgu ajar in English. Terpaksa faham. Naik T! hingga ke T3, merekalah juga, yang bila ditanya, akan jawab, senang faham dalam BI, teacher. Sebab apa? Sebab sudah didedahkan selama 9 tahun dengan PPSMI. 

Orang politik fikir tak tentang mereka bila ubah dasar? 

Dulu, bila PM lama cakap 'We have to go global', seingat aku, x siapa bantah! Cakap cikgu-cikgu yang dekat dengan murid-murid masa tu, yang kuat membantah, menolak, pun x pernah diambil kira. Cakap emak bapak yang kumpulan marhain pun, tak siapa peduli! Cendekiawan-cendekiawan pun semua sokong! Good! Good! Waktu tu, bila keluar keputusan UPSR, PMR, SPM, STPM, whoaa... semua menunjukkan good impact of PPSMI. 

Sekarang? Apa sudah jadi? Bila PM tu dah turun, ubah dasar! Mangsa? First batch itu jugalah! Naik form four nanti, merekalah yang akan belajar semua, Sains and Maths, dalam Bahasa Melayu selama dua tahun. Lepas tu, di pusat2 Matrikulasi, balik belajar dalam BI. Masuk U nanti... BI lagi... Siapa yang pening, bebudak itulah! 
The protagonists have fought long and hard in a battle where, sadly, the real victims are our young generation, whose voices are not heard. Those who speak on their behalf, from either side, must understand that there are long-term consequences when policy changes are made at this level, more so in the field of education.
Kesan, jangka pendek mahupun jangka panjang, hasil daripada keputusan yang dibuat dalam bidang pendidikan sangat-sangat banyak dan melibatkan generasi muda. Fikirkan mereka! Dengar apa pendirian mereka juga!
The voices we hear in this newspaper, and in cyberspace, understandably, favour the English language proponents. To their opponents, their outreach is limited to urban, middle-class families where English is almost like their mother tongue, whatever their ethnicity.
Betulkah, hanya orang pekan saja cakap BI, sekarang? 
Those who speak on behalf of the rest of the country, therefore, claim that simply in terms of numbers, reverting to teaching Science and Mathematics in Bahasa Malaysia is the obvious solution.
Oh, budak kampung, tak ya? 
There are merits to both sides of the arguments but the battle continues not so much in terms of what is good for our children and our country in the long term, but what is politically expedient in the short term.
Aku harap sangat agar pengumuman yang bakal dibuat adalah bagus untuk murid semuanya, bukan hanya sebagai satu isu politik yang tidak berkesudahan. 
IT’S disappointing that the views of a significant, if not the majority of Malaysian parents who want the continuation of the PPSMI policy of teaching Maths and Science in the English, is not being heard.
Ya, memang pathetic!
We ask how the Education Ministry can say in one breath that it wants to increase the importance and teaching of the English Language and in the next breath, insist on teaching vital subjects like Maths and Science in Bahasa Malaysia?
Haha, tak hairan pun! Bijak pandai Malaysia hari ini, lebih suka ikut isu.... ikut telunjuk, berbanding menggunakan kekuatan akal untuk mempertahankan apa yang baik dan benar untuk generasi muda.

sumber:

ada yang marah? yang terasa? yang nak komen? pedas? alahai, siapa makan cili api, mestilah pedas sampai berasap telinga, iya tak?

==================================================

2 ulasan:

  1. math & sc untuk form4 tahun depan dalam b. mlyu? serious???

    BalasPadam
  2. @abcserius, jika kat sekolah tu x mahu ajar dalam BI... hmm

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.