apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.11.11

Pneumokokal.. Apa ke Bendanya?


Gambar itu menunjukkan Streptococcus pneumoniae, sejenis bakteria yang boleh menyebabkan 
1. jangkitan bakteria dalam darah, 
2. meningitis, iaitu radang membran yang menyelaputi saraf tunjang dan otak, 
3. pneumonia (radang paru-paru) 
4. jangkitan pada telinga tengah 

Anda tahu tak yang bakteria itu menyebabkan penyakit yang bernama Pneumokokal? 

Apakah Pneumokokal? Siapa yang diserang oleh bakteria dan penyakit ini? 

Penyakit Pneumokokal merupakan punca utama kesakitan dan kematian kanak-kanak di seluruh dunia 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Penyakit Pneumokokal ini mengakibatkan sehingga 1 juta kematian di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun di seluruh dunia. Pneumonia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding penyakit AIDS, malaria and campak secara bergabung.

Ibu bapa? Anda sayang anak anda tak? Tidak perlu disangkal, kan? Sayangg sangat! Jadi, dengar nasihat ini!

Dato’ Dr Musa Mohd Nordin, ahli pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) dan Pakar Runding Pediatrik di Hospital Pakar Damansara, berkata. 
“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai tentang cara melindungi kanak-kanak daripada Penyakit Pneumokokal.  Kesan penyakit ini adalah amat buruk tetapi sebenarnya boleh dielakkan. Kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia.” 
Di Asia sahaja, hampir seorang kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia setiap dua minit akibat Penyakit Pneumokokal. Takut bila baca benda ni!

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Penyakit Pneumokokal boleh dicegah dengan vaksin dan imunisasi boleh dianggap sebagai cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian.

Pengakuan seorang bapa:

“Semasa berusia enam bulan, anak perempuan saya Ashleigh menghidap penyakit pneumokokal yang menyebabkan meningitis dan seterusnya mengakibatkan beliau pekak sepenuhnya, sawan dan kurang upaya dari segi intelektual."

Pengakuan seorang ibu, Zura:

Zura mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan yang baru sahaja keluar hospital Jun lalu kerana penyakit pneumokokal meningitis.

“Pada mulanya saya tidak tahu ia adalah pneumokokal kerana hanya menyangka anak saya mengalami demam biasa. Tetapi selepas dia muntah-muntah tanpa henti, tidak kenal saya sebagai ibunya, saya terus bergegas ke hospital. Anak saya dimasukkan ke ICU selama lima hari."

Zura amat sedih melihat keadaan anaknya. Lebih terkilan apabila menyedari keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku jika dia memberikan vaksin pneumokokal kepada anaknya.

“Syukur, kini anak saya berusia 16 bulan kembali sihat dan dia membesar seperti kanak-kanak lain. Ketika melihat anak saya terlantar di hospital, saya ingatkan saya akan kehilangannya selama-lamanya. Saya tidak mahu ibu bapa di luar sana membuat kesilapan sama yang saya lakukan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat."

Apakah kesilapan itu?
Enggan memberi vaksin pneumokokal kepada anaknya.


Jadi, jika anak kecil anda mempunyai tanda-tanda seperti demam panas, muntah-muntah, sesak nafas, cepat-cepat rujuk ke hospital. Mana tahu, dia diserang bakteria penyakit Pneumokokal.
 
terima kasih kepada:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.