Langkau ke kandungan utama

Perut anda boroi tak?


Assalamualaikum..... 

Perut anda boroi tak? Eleh, tak mengaku... Ramai orang buncit / boroi perutnya, terutama lelaki selepas kahwin, kan? Maklumlah dapat isteri yang pandai masak... kih kih kih....

Nak tahu apa yang menyebabkan perut andai boroi?Ini senarainya....

1. Melewatkan Waktu Makan

Taktik ini membuat anda akan merasa sangat lapar yang berakhir dengan makan berlebihan. Dan ketika anda melakukannya, lemak pasti terkumpul di bahagian perut. Jadi, makanlah dengan selang masa setiap tiga sampai empat jam sekali(sarapan, lunch, minum petang, dinner) kerana ini akan membuat anda tetap kenyang tanpa menambah lemak tambahan pada perut anda.

2 Hanya Makan Sayur dan Menghindari Makan Daging

Wanita sering menghindari daging, ikan dan kelompok susu kerana mereka anggap semua itu hanya berisi kalori dan lemak. Tapi ingat, makanan ini adalah makanan super sumber protein yang membantu meningkatkan metabolisme anda, sehingga anda dapat mengusir lemak di bahagian perut. Pilih yang rendah kalori dan rendah lemak, seperti keju atau tuna (6 ons dari salah satunya dapat memenuhi tiga perempat keperluan protein harian anda).

3. Menganggap Semua Roti Itu Tidak Baik

Roti putih memang tidak baik, namun roti gandum dan cereal dapat memungkinkan tingkat insulin naik secara bertahap, sehingga mengurangi kemungkinan bertambahnya lemak pada perut anda. Beras merah, oatmeal atau tortilla gandum untuk mengganti beras putih atau mie akan membuat perbezaan pada perut Anda.

4 Melakukan Crunch Terus Menerus

Sit-up memang dapat memberikan tone pada otot perut anda, tapi latihan ini tidak akan mengikis lapisan lemak yang menutupi otot perut. Daripada membuang-buang masa, lakukan crunch, itu lebih baik. Crunch tu apa?  Crunch tu latihan beban secara merata untuk semua bahagian tubuh kemudian lanjutkan dengan berjalan cepat di treadmill.

5 Minum Alkohol Berlebihan -orang bukan Islam saja

Alkohol memiliki banyak kalori, namun tidak memberikan nutrisi sama sekali. Jadi ketika anda meminum alkohol dalam jumlah besar, anda secara tidak sadar mengundang lemak ke perut. Jika anda mencari minuman, pilih air anggur merah, yang dapat membantu melawan lemak di perut anda.

6 Makan Produk Diet

Anda mungkin berfikir bahawa anda sedang membantu tubuh anda dengan memilih yogurt bebas gula, diet soda, atau makanan ringan lainnya yang diberi label rendah kalori atau rendah lemak. Namun semua itu sering dipenuhi dengan pemanis buatan dalam jumlah yang berlebihan, yang pakar dietician percaya, memicu metabolisme anda untuk meningkatkan penyimpanan lemak.

7 Berfikir Bahawa Makanan Berlemak Adalah Musuh

Mungkin akan terdengar berlawanan, namun makanan tinggi lemak sebenarnya membantu anda membakar lemak perut dan pengambilannya menyebabkan anda makan dengan sedikit. Ahli gizi rekomenkan ikan, minyak zaitun ataupun minyak canola sebagai sumber lemak baik.

Maka, adalah orang bertanya pada doktor..... 
Err, doc, adakah perut buncit merupakan masalah kesihatan? Kalau ya, bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Doktor pun jawab...
Yang pasti, jangan amalkan perkara-perkara kat atas tu. Betul, tak? 

Perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.

Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.

Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.

Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. 

sofi: Jom kurangkan kebuncitan....


===========================

Ulasan

  1. adehhh... sy mmg buncit... No. 2 jselalu diamalkan... =)

    BalasPadam
  2. @Azmie tak pe, boleh p gym, naik treadmill hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…