Langkau ke kandungan utama

Perempuan berwajah lembut sesuai berkahwin dengan lelaki yang hendak anak banyak. Betulkah?


Assalamualaikum..... 

Pakar dalam penyelidikan wajah manusia, Dr Miriam Law Smith dari Makmal Psikologi Universiti St Andrews berkata: 
“Lebih banyak estrogen dimiliki seseorang wanita itu, lebih ramai anak yang mereka inginkan. Kami terkejut mendapat hasil kajian yang amat berkesan.” 
Kepada siapakah ayat tersebut ditujukan? Apa kaitan di antara wajah wanita dengan bilangan anak dengan hormon estrogen? 

Tahu tak, bahawa wajah wanita yang menjadi kekasih seorang lelaki cenderung menunjukkan bilangan anak yang dia mahu apabila berumah tangga nanti?

 

Menurut kajian, perempuan dengan wajah kewanitaan lebih cenderung mahukan anak yang ramai dan lebih lembut wajah mereka, lebih banyak anak yang mereka inginkan. 

Kajian itu menyarankan lelaki yang terdesak untuk menjadi bapa perlu mencari perempuan berhidung kecil, bermata besar dan bibir tebal kerana mereka cenderung untuk memiliki sekurang-kurangnya empat anak. 

Saintis di Universiti St Andrews percaya penemuan itu dapat dijelaskan melalui hormon estrogen wanita apabila tahap hormon yang tinggi menghasilkan penampilan lemah lembut dan memupuk naluri keibuan.

Penemuan kaitan antara wajah yang lembut dengan kesuburan seseorang dapat menjelaskan naluri keibuan jelitawan Hollywood, Angelina Jolie yang mempunyai tiga anak sendiri dan tiga anak angkat. 

Dr Miriam menghasilkan imej komposit wajah wanita dengan naluri keibuan yang paling kuat dan satu kumpulan lagi berdasarkan kepada wanita yang kurang berminat untuk berkeluarga. 

Wajah wanita yang mempunyai naluri keibuan paling kuat dipilih mempunyai lebih perawakan kewanitaan oleh sekumpulan lelaki dan sukarelawan wanita. 

Secara purata, wanita yang mempunyai naluri keibuan paling kuat mahukan 3 atau 4 anak - lebih tiga orang berbanding mereka yang kurang berperawakan kewanitaan, lapor jurnal hormon dan tingkah laku. 

Bagaimanapun, kajian itu mendapati bentuk wajah hanya mengambil kira sebanyak 20 peratus dalam pelan merancang keluarga oleh wanita. 

Faktor sosial termasuk cara didikan dan wang turut mempengaruhi kecenderungan untuk memiliki lebih ramai anak.

Macam-macam yang dikaji orang ptih, kan? Tapi betulkah? Wallahualam....

==============================================

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…