
MOHAMED Zulfazli Abdul Ghani dan Nurhafiza Anati Ab. Rahim menaiki sampan
di hadapan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Nyatoh, Setiu, Terengganu, semalam
Pasangan pengantin berbaju biru dalam gambar mesti simpan kenangan ni dalam memori indah mereka elok-elok, kan? Sebab bukan senang nak kahwin dalam air.. hehe...
Kalau dah jodoh memang tak ke mana... Meriah pengantin naik sampan. Mereka ialah pasangan Mohamed Zulfazli Abdul Ghani, 31 dengan Nurhafiza Anati Ab. Rahim, 25, tetap melangsungkan perkahwinan mereka selepas rumah pengantin perempuan ditenggelami air.
Majlis akad nikah Mohamed Zulfazli, seorang juruteknik dari Perak, dan Nurhafiza, pengurus makanan segera, diadakan kelmarin manakala acara kenduri dan bersanding semalam di Masjid Kampung Penarik dekat Kampung Nyatoh, Setiu, Terengganu.
Pasangan itu gembira majlis perkahwinan mereka dapat dilangsungkan dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru.
============================================
terima kasih atas sokongan anda..
BalasPadam