Pasangan kembar kehilangan bonda mereka - al Fatihah

Assalamualaikum.....


Dari ALLAH kita datang, kepadaNYA, kita kembali. Sedekahkanlah al -fatihah kepadanya, ibu yang bertuah, yang telah melahirkan pasangan kembar Ahmad dan Muhammad.

Pasangan kembar Siam tersebut yang selamat dibedah di Riyadh, Arab Saudi , sembilan tahun lalu kehilangan ibu tersayang, Aishah Kanda, 35, yang meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi semalam akibat kanser payudara.

Suami Allahyarham, Rosli Abdul Rahim, 40, berkata, penyakit isterinya itu dikesan sejak kira-kira setahun lalu sebelum keadaannya semakin serius sehingga mengalami lumpuh selama dua bulan sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya.

"Sebelum meninggal dunia, isteri saya dimasukkan ke hospital ini kali terakhir sejak Rabu lalu kerana masalah jantung dan arwah menghembuskan nafas awal pagi tadi," katanya ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Sungai Limau di sini.

ALLAH lebih menyayangi.....takziah kepada encik Rosli dan keluarganya.

==========================================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen