Langkau ke kandungan utama

Novel cabul pertama yang aku pernah baca ialah...

Assalamualaikum.....

Semangat pagi ni... Kenapa? Sebab Melur Jelita, penulis novel yang sedang menjadi sebutan peminat-peminat novel Melayu, fenomena AWAK SUKA SAYA TAK? memberi komen di sini.  Thanx.


Sebelum tu, aku jenguk blog Fakrul Roslan, membaca tulisannya tentang isu Novel Cabul.

Peminat-peminat novel yang selalu berFB pasti pernah bertemu isu ini yang hangat dibincangkan sejak dicetuskan oleh Universiti PTS. 

Novel cabul ni macam novel lucah jugalah. Tapi, sikit kurengg... Iyalah, dalam novel lucah, semua diceritakan, terperinci, detail, lengkap...dari A to Z. Tapi, novel cabul ada adegan 'itu' yang taklah sepanas novel X-rated, tapi ada! Selain adegan, ia merujuk juga kepada perbualan antara lelaki dan perempuan, tak kiralah suami isteri atau tidak, yang ke arah itu! Harap anda faham maksud aku. 

Okey, takrifan yang aku highlightkan tadi tu bukan aku yang cakap! Ini apa yang aku faham hasil pembacaan di Universiti PTS tadi. 

Jadi, pada pendapat akulah, kan... novel cabul yang pertama yang aku baca ialah SAGA tulisan Abdul Talib Mohd Hasan. 


Novel terbaik yang berkali-kali sudah diulang cetak ini, dan pemenang anugerah Sayembera, memang ada bahagian yang sangat panas antara hero, Hisyam dengan Munirah, heroin (Masa aku baca dululah... lama dulu. Kut sekarang dah sensored dan dipotong sebab sudah melepasi Lembaga Penapisan Novel, entahlah pulak!). Nak tahu? Cari sendirilah! 

Jadi, kalau itulah cabul... maka cabullah novel tersebut! 

Terima kasih kepada pemberi-pemberi nasihat di facebook, di blog, di skrin televisyen... di mana-mana... Aku, sebagai orang yang baru berjinak-jinak dengan penulisan kreatif ini sangat-sangat menghargai pendapat, pandangan dan kritik-kritik pedas atau manis yang telah dikemukakan. 

Insya-ALLAH, aku juga ingin memasuki syurga ALLAH. Aku rasa semua penulis Melayu, perempuan Islam yang lain juga ingin begitu. 

Jadi, marilah kita perbaiki gaya penulisan kita. Orang dah tegur tu, tandanya, hari ini, kita diminta untuk menjadi lebih baik daripada semalam. 

Jadi, kalau nanti, kut-kutlah anda terjumpa tulisan Ana Sofiya yang terlebih 'miang'.... tolong tegur, ya! Demi kebaikan bersama. Demi kesucian dunia penulisan. 

Eh... apa pula novel cabul pertama yang pernah anda baca? Kongsi sikit! 

======================================

Ulasan

  1. Kak sofi perkara ni dah lama perlaku
    Cuma sekarang baru nak diketengahkan

    Sudah lama membaca novel waktu tu hanya ada beberapa buah publisher aja.Kalau itulah yg dikatakan novel cabul
    Nauzubillah dah berapa buah saya baca.

    Cabul atau tidak sebuah novel itu terletak dihati pembaca sendiri cara pemerimaan mereka.

    BalasPadam
  2. Anonymous, biarlah kita menulis dari hati... menggunakan pen dan kertas dengan cara yang bijak dan masih dalam batas islam. keterlanjuran lepas harap x diulangi. nnt kena nasihat pada yg membaca..kl jumpa bahagian yg 'cabul' dalam sesebuah novel, skip bahagian tu. boleh kut?

    BalasPadam
  3. byk kak... penulis terkenal pun ada... jadi best seller lagi.. adakah sebab ada 'benda tu'? perlu hadkan kemesraan walaupun ceritanya suami isteri.

    BalasPadam
  4. Anonymous, tak tahu nak cakap apa kerana mmg kadang2 kita ingat apa yg kita tulis tu okey terutama kalau hubungan suami isteri..cium dahi, cium tangan.. atau gambaran nikmat berumahtangga yg diberikan secara berkias... terserah pd hati kut?

    BalasPadam
  5. kak sofi,

    ada sesetengah penulis menggarap keadaaan mesra suami isteri itu, dengan kiasan yang sopan, beradab dan indah, ada sesetengah penulis, menulis secara detail hubungan intim suami isteri dengan tidak berselindung..
    rasanya dia itu menulis seperti melepaskan nafsunya sendiri...
    bg sy karya itu, karya cabul yg murah...

    BalasPadam
  6. Mungkin juga untuk kehidupan rumah tangga tu kita rujuk pada kehidupan rumahtangga Rasullullah.
    kisah isteri2 nabi yg kita blh jadikan panduan dlm kehidupan

    BalasPadam
  7. che`leen, semoga kita semua dalam lindungan ALLAH. Kerana pen lebih tajam dpd mata pedang..silap tulis... padah hingga ke sana..

    BalasPadam
  8. Qimi08, insyaallah itulah yang terbaik

    BalasPadam
  9. saya suka membca, dari darjah 6 saya membaca hingga sekarang saya baca buku english,alhamdullilah pada dekad ini ramai penulis melayu muda sudah pandai menulis, cuma mereka muda dan belum malalui zaman kepayahan mengukuh rumahtangga,apalah salahnya bagi mereka peluang k

    BalasPadam
  10. Anonymous, memang betul. minat penulis muda jangan dimatikan dengan kata2 pedas dan tidak patut. mereka perlu digalakkan supaya terus berkarya cuma, jika ada yg patut ditegur, terilah dgn cara yg berhemah

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…