Langkau ke kandungan utama

Nak jadi penulis novel yang meletup-letup? Macam mana?

Assalamualaikum..... 


Hanni Ramsul 03 November 17:40
Ada kawan yang bertanya pada saya, macam mana nak timbulkan konflik dalam novel dan bagaimana cara nak elakkan idea hilang dalam duk tengah best menulis? Macam mana saya nak jawab? Sebab saya tak tahu. Lalu saya pun bagi jawapan logik :D
- Buat satu rangka cerita.
- sebelum buat tu, kena set up la jln cerita yang macam mana yang dikehendaki.
konflik yang bagaimana yang mahu dibina
- Kemudian fikirkan bagaimana nak leraikan pula konflik tu
- bila dah clear semua, barulah proceed
- mulakan menulis
padahal semuanya tidak pernah saya buat. Semua karya saya, karya spontan saja. Mana yang terlintas di fikiran, itulah yang akan dicernakan dalam karya saya.
P/S:
Jadi, kesimpulannya, saya bukan rujukan yang baik untuk belajar menjadi penulis yang baik. Sebab amalan saya songsang dan cakap tak serupa bikin...hehehe....

Maaf, Hanni.... tak mintak izin tapi kak sofi masukkan dalam posting. 

Aku tertarik sungguh dengan apa yang penulis bestseller, Hanni Ramsul, masukkan di facebook itu. Ya, tentang bagaimana hendak menggarap cerita. Rasa macam tak percaya pula bila Hanni cakap......karyanya, idea spontan. Iyalah, kan.... kalau anda pernah baca Pergilah Air Mata yang tebal tu, kisahnya begitu teratur dan plotnya sungguh tersusun. Aku sangkakan tentulah Hanni merancang dengan teliti, seperti mana tulisan Maria K dalam Tulis Novel memberikan panduannya. Siap watak protagonist, antigonist, plot, subplot... hehe.....

Apapun, aku tetap tabik pada HR sebab buku2 dia memang best, aku baca lebih daripada 2 kali semuanya. Hanni, nak usik sikit....agaknya, kalau well planned.... mesti lagi best, kan.....

Aku pula? Hehe... frankly, kebanyakan ideaku spontan juga. Kadang-kadang, aku sedang tulis satu bab tetapi di pertengahan cerita, aku tak suka..., tak fikir panjang, aku delete saja. Lepas tu, tulis plot baru. Nak buat macam mana, kan? Mungkin kalau ada penulis terkenal baca apa yang aku tulis ni, diorang geleng kepala dan cakap...
Patutlah.... 
Apa yang aku dah faham sekarang ialah, menulis bukan mudah. Nak menghasilkan cerita yang disukai semua orang... lagilah! Terseksa! Huhu... Cuma, aku selalu ingatkan diri aku, I'm my own writer... meaning/maksud, aku hendak menulis cara aku, cerita aku, gaya aku, tulisan aku. Dan, aku harap agar ada yang suka. Kepada yang sudah tersuka, hehe..... terima kasih banyak-banyak. 


Bersama-samalah berdoa agar setiap novel yang dihasilkan semakin baik dan semakin memberi manfaat dan kesan positif di jiwa kita semua.

sofi... :)




 


==========================================================

Ulasan

  1. CH ada jg cuba buat.ada bbrapa rangka cerita yg dh siap CH create.but tgh jalan msti kering idea.lemah untk mncari connection @ kesinambungan dr 1 situasi ke situasi yg lain.After that,akn try lagi.... =)

    BalasPadam
  2. @Cahaya Hidup, knp ya di tengah2 cerita, mesti blank? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh x kak sofi ajar dilla mcm mana nak wat novel because dilla memang nak sangat tulis novel but x tau mcm mana lah kak siti hurmmmm.......
      boleh x kak sofi ajarkan klu boleh kak sofi buka facebook siti dilla natasha yg ade gambar mcm bnyk gambar lah okk kak sofi.............

      Padam
  3. macam mane nak buat novel dari online? atau maxsis?

    BalasPadam
  4. hurmmmmmmmm kak sofi boleh ajar adik macam mana nak buat novel tak sbb dilla ingat nak tulis novel maybe boleh jadi penulis novel muda ke ? dilla dah banyak terfikir nak tulis cerita nya kalau kak sofi boleh tolong ajarkan buka facebook adik siti dilla nnatasha okay yg siti dilla natasha tu ade 2 kak sofi buka yg ade mcm bnyk gambar ye.....

    BalasPadam
  5. biasenye tulisnovel terus di laptop atau tulis tgn dulu..hehe

    BalasPadam
  6. biasenye tulis novel terus di lptop atau tulis tgn dulu..hehe

    BalasPadam
  7. biasenye tulisnovel terus di laptop atau tulis tgn dulu..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…