apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.11.11

Nak jadi cantik, puan? Baca Petua Ini!


Assalamualaikum..... 

Nak jadi cantik, puan? Macam si dia di dalam gambar tu? Tentulah, kan! Siapa tak nak jadi secantik Aisywarya Rai. Betul, tak? 

Tetapi, wajah ciptaan ALLAH ni, tak boleh kita pinda-pinda. Boleh? Ooo... pakai botox? Suntik itu ini? Hmm... tapi semua tu sementara sahaja...

Kecantikan itu di muka aje ke? Wah, semua orang geleng dan akan cakap...
Kalau muka cantik, perangai teruk, tak jadi juga.
Ya, memang ramai yang mengakuinya. Ramai yang cakap, kecantikan itu mesti dua-dua.... luar dan dalam. Kerana ada yang berpendapat:
Wajah cermin hati.
Kalau hati busuk, muka lawa pun nampak macam monyet, huhu...

Bagi yang merasakan dirinya kurang cantik di luaran (tapi kena ingat bahawa kita ialah ciptaan ALLAH jadi mesti belajar bersyukur juga...) di sini ada Petua Untuk Menjadi Wanita Cantik. Bacalah...

1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. 

- Hati yang bersih pula datangnya daripada iman yang luhur, yang tidak mudah dicemari oleh zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. 

- Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.

2. Dia....

a) Tidak akan menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, 
b) Tidak menyebarkan fitnah, 
c) Tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, 
d) Meninggalkan debat walaupun ia benar, 
e) Nampak kesalahan diri, 
f) Mudah meminta maaf, 
g) Suka melakukan kebaikan, 
h) Suka bersedekah, 
i) Sentiasa berusaha dan 
j) Bersangka baik dengan sesama manusia.

3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa 
Segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.
4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, 
Dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya ALLAH  SWT
thanx to zainab ngah

======================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.