Mintak lagi yang bukan-bukan!!

Assalamualaikum..... 


Bila anda terlalu meminta-minta, inilah jadinya. Sebuah perkahwinan musnah dek kerana sikap tamak seorang ibu saudara kepada seorang pengantin lelaki. Kejadian berlaku di Dhaka, Bangladesh. 

Seorang guru besar muda, Shawkat Ali Khan percaya, 11 merupakan nombor yang bertuah untuknya. Jadi dia pun merancang untuk berkahwin pada jam 11.11 pagi pada 11.11.11 dengan Farzana Yasmin.Perkahwinan pun berlangsunglah!

SHAWKAT ALI KHAN duduk di sebelah isterinya, Farzana Yasmin 
dalam majlis perkahwinan di Borguna, Bangladesh pada 11.11.2011.

Namun, selepas beberapa minit perkahwinan berlangsung, mereka bercerai. Mengapa? Sebab Farzana Yasmin berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen pada hal amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.
Maka, Shawkat pun mengeluhlah.. dia kata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.
"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan. Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian. Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya. Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," 
Tindakan nekad Farzana, 27 tahun, dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.

Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami. Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Tu la, kan... menyibuk betul mak saudara dia. Kan dah... Tapi bila difikirkan semula, betul juga kata Shawkat ni...
Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu. 
- Agensi


Itulah fasal! Tak berbincang dulu ke dengan kaum kerabat sebelum kahwin? Macam-macam, kan? Mintak lagi yang bukan-bukan!!!

==================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen