Langkau ke kandungan utama

Mesir: Kembali bergolak!

Assalamualaikum..... 


Entah apa lagi yang tidak kena dengan rakyat di Mesir. Dulu Hosni dah lari, sekarang mereka berdemonstrasi lagi. Aduh! 

Cuba anda tengok gambar-gambar ini... takut tak? So ingat, k! Jangan nak berdemo tak tentu fasal di Malaysia pula!

Seorang penunjuk perasaan membaling semula 
peluru pemedih mata ke arah polis di Dataran Tahrir, Kaherah. 

PARA penunjuk perasaan meneruskan pertempuran 
mereka dengan anggota keselamatan Mesir 
di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.

PENUNJUK perasaan Mesir mengerumuni kenderaan polis 
ketika pertempuran meletus dengan anggota keselamatan.

Polis pencegah rusuhan Mesir semalam melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang membaling batu menuntut pemerintah tentera segera menyerah kuasa kepada kerajaan awam. Tapi, setahu aku tarikh dah ditetapkan pada 28.11.11 ini. lagi beberapa hari saja... tak sabar betullah, kan?

Polis bertempur dengan 5,000 penunjuk perasaan di sekitar Dataran Tahrir, tempat kelahiran kebangkitan 18 hari yang menggulingkan Hosni Mubarak, Februari lalu.

Oooo... tak puas hati pada pemerintah tentera yang tak tahu tahu nak turun takhta.... hmm......

Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan anggota pasukan keselamatan di Dataran Tahrir yang masuk hari ketiga semakin memburuk, dengan angka korban meningkat kepada 22 orang. Pegawai di rumah mayat berkata, lebih 20 maut semalam dan 2 lagi kelmarin dalam keganasan terburuk sejak kejatuhan rejim Hosni Mubarak. Pegawai berkata, sekurang-kurangnya 4 penunjuk perasaan ditembak mati semalam. Menurut kenyataan agensi berita MENA, Kementerian Kesihatan melaporkan seramai 10 terbunuh semalam, sementara 1,700 yang lain cedera sepanjang hujung minggu lalu dalam pertempuran. Terdahulu, Dr. Mohammed Fatuh yang bertugas di Dataran Tahrir berkata, 3 mayat dengan kesan tembakan dibawa ke hospital sementara di dataran tersebut. Pasukan perubatan sebelum itu melaporkan 4 kematian, 1 akibat terkena tembakan peluru hidup serta 3 kerana sesak nafas terhidu gas pemedih mata.

Aku pun tak tahu nak kata apa dah. Bangsa Arab ni memang kasar agaknya? Sebab itu ALLAH turunkan para rasul dan nabi-nabi dalam kalangan mereka. Nak berbunuh-bunuhan saja kerjanya! Eeii...geram!!!

Bagaimana nasib anak2 kita yang seramai 10 ribu orang di Mesir tu?

PETALING JAYA - Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti memberi jaminan semua 10,000 pelajar Malaysia di negara yang sedang bergolak itu kini selamat sebab keselamatan mereka dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan sebelum ini selepas berlaku revolusi Mesir.
"Isu keselamatan tidak ada masalah memandangkan kita (kedutaan) telah memaklumkan para pelajar supaya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan supaya menjauhi kawasan bergolak. Justeru saya menasihatkan ibu bapa pelajar di sini (Malaysia) supaya tidak risau dengan apa yang sedang berlaku kerana ia merupakan keadaan normal."
Aik, Duta kita kat Malaysia....dah balik dulu ke? Ops....maksud aku, dia di sini... pelajar kita di sana... risau jugaklah, kan? Apapun, jom sama-sama berdoa agar hati orang-orang Mesir ni jadi lebih lembut dan baik, okey!


sumber:
1. 22 maut
2. pelajar selamat
3. kekacauan baru


========================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…