apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.11.11

Menunjuk ya?

Assalamualaikum.....

hehe... mungkin ada yang menyangka aku nak masukkan Teringin 4 ek? Alah, sabar k! Esok2 pula! sekarang ni aku nak masuk satu entri berkaitan sikap. sikap suka menunjuk di kalangan artis2 kita. kalau ada yang rasa nak out, silakanlah... sebab cadangnya nak bagi pedas sikit!

akhbar dan blog menjadi medan bercerita tentang artis ini. dia bangga dengan hadiah perkahwinan yang diterima yang berjumlah RM15 juta. 

wow! apa yang dia dapat? 
banglo mewah, sebiji kereta yang bernilai jutaan ringgit dan beberapa barang mewah lain. amboi mak! untung ya? tumpang seronok mendengar. tapi, kan... perlukah diceritakan nilai dan apa yang diberi dengan penuh bangga? 

uisy, dengki ke tanya soalan macam ni? 
bukan dengki...tak ada sebab nak dengki pun. lainlah kalau aku ni muda jelita tapi tak ada orang kaya nak sponsor..huhu!
dulu, ada cik kak yang satu tu. hadiah dia dapat mak datok! 40 ribu harga beg, jam, rm250 ribu pula. 


hebat jadi artis. sebab itu ramai nak jadi penyanyi, pelakon, pelawak.... maklum,  duit banyak dan kalau cantik, pandai menggoda, tu dia... dapat hadiah granddd... 

nanti ada arits cakap, i tak macam tu laaa...

tak pe la kalau you tidak, tapi yang iya tu? 

toksah bangga sangat dapat millions... juta2.... benda tu semua bukan kekal pun! sentiasa turun harga, kan! yang penting, pertahankan kasih sayang suami isteri agar kekal rumah tangga sampai ke mati. tu barulah orang salut! owhh..dah la kaya, bahagia, murah rezeki! 

balik soal bebudak nak jadi artis.. aku tertarik dengan artikel oleh siti jarum ni.  
Siti fikir kalau kebahagiaan boleh diukur dengan kebendaan yang ditunjuk itu, artis kita yang paling bahagia. Mereka memiliki wang ringgit dan kemewahan hidup, semua itu ditunjukkan kepada peminat. Seolah-olah itulah matlamatnya.
betul, kan? hadiah semua besar-besar, juta-juta, heboh cerita satu malaysia... so apakah itu matlamat hidup mereka? bukankah itu semua dunia belaka! mati nanti, bawa kain putih saja! lupa?
Peminat pun bermimpi nak jadi artis. Mereka ponteng sekolah. Yang lulus periksa pula tak nak sambung belajar sebab nak jadi artis. Ada mak bapa yang terasuk dengan budaya kebendaan ini rela membimbing anak menjadi artis. Kesian budak itu! mana tahu yang dipilihnya tepat atau tidak. Tapi bagi sesetengah mak bapa, ini adalah pelaburan.
nak kata apa lagi. hadiah untuk akademi fantasia misalnya... kereta. juara pertandingan musabaqah? dapatlah pergi umrah sahaja.. jauh beza, kan?

sememangnya, masyarakat malaysia menjadi semakin materialistik. dah menular dah... contoh dah banyak. cuba pergi majlis kahwin. kalau naik kereta besar, menjalar, diraikan bagai agung... dipuja disanjung. tapi cuba adik beradik yang miskin datang naik bas... di mana duduknya mereka? nun di dapur menolong basuh periuk belanga. hmm...

zaman berubah... manusia juga berubah. kesiannn......



 



==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.