Langkau ke kandungan utama

Mengapa putus cinta?


Assalamualaikum..... 


Bila kita bercinta, tentulah menganyam angan-angan agar cinta kita berakhir bahagia hingga ke akhirnya tapi kita juga mesti percaya bahawa kemungkinan untuk cinta kita putus di tengah jalan sentiasa ada. 

Apakah penyebab seserang memutuskan hubungan cinta yang dibina?

1. Terlalu Banyak Berahsia

Anda memang tidak harus berkongsi segala hal dengan kekasih. Dalam tiap hubungan memang harus selalu ada batasan privasi yang dimiliki masing-masing pasangan. Tapi jangan juga terlalu banyak menyimpan rahsia darinya!
Menutupi kehidupan keluarga, tidak mengenalkan si dia pada teman-teman atau jarang mahu bercerita tentang diri anda di pejabat, akan membuat si dia merasa seperti orang lain. Dia juga akan menganggap anda tidak serius berhubungan. Pada akhirnya, jangan kaget kalau tiba-tiba dia pergi dari kehidupan anda.

2. Cemburu

Cemburu adalah biasa dalam percintaan. Tapi, cemburu yang keterlaluan sehingga dianggap posesif, adalah penyakit dalam hubungan asmara. Antara yang tidak disukai ialah, marah-marah saat si dia tidak menelefon anda, itupun sekali sahaja dalam setiap waktu, melarang si dia pergi bersama teman-temannya dan menunjukkan muka mencuka setiap kali dia berada dekat dengan orang lain. Sikap cemburu yang sangat posesif ini akan membuat si dia merasa tidak punya kebebasan.
Ingatlah, dunianya tidak hanya selalu berputar di sekitar anda!

Jika sikap cemburu anda tidak anda kawal, lama-lama, dia akan mencari kebebasannya sendiri.

3. Ditentang Keluarga

Keluarga merupakan faktor yang sangat mempengaruhi hubungan asmara. Bila ibu atau ayah anda selalu menunjukkan sikap tidak suka setiap kali si dia datang ke rumah, atau sering melarang anda pergi bersamanya, tidak mustahil dia akan memutuskan hubungan kerana merasa tergugat dan tidak yakin pada perhubungan itu.

4. Terburu-buru

Mengajak si dia berkahwin sementara si dia masih ingin menikmati kehidupan bujangnya adalah sikap yang terburu-buru. Dia mungkin mencintai anda, tapi menikah, pada fikirnya, adalah satu langkah besar yang harus difikirkan secara serius dan ketika dia sudah benar-benar bersedia.

Bila anda terus memaksanya untuk buru-buru menikah, dia akan merasa tertekan dan mula merenggangkan diri daripada anda dan akhirnya, bagai angin, pergi lalu memutuskan hubungan cinta.

5. Si Dia MENCINTAI ORANG LAIN

Sedih, kan? Selama ini, anda menyangka andalah kekasihnya tetapi rupa-rupanya ada insan lain dalam hatinya itu!
Jika ini penyebabnya, tidak ada alasan lagi untuk mempertahankan hubungan. Mungkin memang dia bukanlah yang tepat untuk anda. Meskipun sakit, relakan dia pergi kerana dia BUKAN UNTUK ANDA!!

6. Cinta Se saat

Kadang-kadang, ada perasaan cinta yang begitu menggebu-gebu di awal hubungan, tapi lama kelamaan memudar tanpa sebab. Ini bisa terjadi pada setiap pasangan. Mungkin memang rasa cinta yang dia rasakan saat pertama kali bersama anda, bukanlah cinta yang sesungguhnya. Tapi lebih disebabkan INFATUATION, satu rasa tertarik yang sementara.

7. Hubungan Jarak Jauh

Jarak sering menjadi masalah dalam hubungan percintaan. Ada pasangan yang berjaya menghadapi, bahkan berakhir dengan mendirikan rumah tangga. Tapi ada sebahagian lagi yang memilih jalan sendiri-sendiri kerana kurangnya pertemuan. 

Bila anda sedang menjalin hubungan jarak jauh dan di tengah jalan dia memutuskan hubungan asmara anda itu, antara alasan biasa yang akan diberi ialah dia letih dan tidak mampu bertahan. Mungkin, di sisi, ada yang sudah akrab menemani?

Cinta jarak jauh perlukan kekentalan jiwa kerana jarak, waktu dan ruang yang bisa diterobos masuk oleh yang lebih hampir. 

Sebenarnya.... tiada apa yang kekal...tiada apa yang mantap.... tiada apa yang sempurna....

=============================================

Ulasan

  1. kerana jarak jauh...
    si dia main kayu tiga dengan alasan tiada jodoh..
    diri sendiri yang tak dapat setia akhirnya percintaan 6 tahun putus dlm masa 1 hari..

    BalasPadam
  2. @Anonymous, bersabarlah... akan datang yang baru, yang lebih baik daripada dirinya

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…