Langkau ke kandungan utama

Melur Jasmine 13


Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.



Jasmine tidak dapat tidur. Sepasang mata tidak mahu lelap. Sepicingpun dia tidak boleh lena. Banyak sungguh perkara yang mengganggu dirinya. 

“Kau ada masa 6 hari, Jasmine. Kalau kau tak jelaskan pada aku, aku akan batalkan pernikahan kita. Jangan ingat aku tak akan buat!” 

Ah, Zahim! Kenapa mengugut begitu? Untuk apa kau tahu? Dulu, kau kata, kita kahwin untuk menyenangkan hati emak bapak masing-masing. Jadi, kenapa hendak diselidiki kisah silam itu? 

Lelaki memang pelik. Yang seorang begini, yang seorang lagi, begitu. Yang satu mengaku cinta. Kata pujuk penuh madah tapi semuanya lenyap dalam tempoh seminggu. Tanpa alasan, dia pergi. Tanpa penjelasan, dia pilih yang lain. Jasmine yang ditinggalkan bingung mencari sebab. Bingung memikirkan di mana kekurangan dirinya. Tapi, sudah hampir 10 tahun, tetap dia tidak temuinya. 

Yang sorang ni pula, lagilah! Mula-mula kata tak suka perempuan. Ingatkan gay ke apa, rupa-rupanya bukan. Dia pernah ditinggalkan, kelukaan, jadi kepercayaan pada perempuan, kosong! Bila jumpa kali pertama, dia suruh Jasmine menolak. Tapi, lepas itu suruh terima pula. Kahwin demi kasih sayang pada ibu, konon? Tapi, begitupun, sepanjang masa ini, sikapnya melucukan, membahagiakan Jasmine. Sangat prihatin. Sangat bertanggungjawab. Dan, sangat pemurah. Tapi, sekali naik angin... main ugut segala. Aduh!! 

Jasmine melangkah turun. Dia ingin ke taman. Sejuk sedikit keadaan di luar pada waktu dinihari begini. Kala embun mula menitis. 

Lama dia duduk menyandar di atas bangku taman. Membawa jauh lamunan entah ke mana. Termenung, dengan wajah yang jelas buntu. 

“Kenapa menung ni, bakal pengantin? Risau nak tinggalkan zaman anak dara ke?” 

Sapaan Badrul Aminudin Haziq sedikit mengejutkan dirinya. Spontan, dia mendongak. Hati tetap berdegup bila mata mereka bertatapan. 

Badrul mengambil tempat duduk di sisi Jasmine. Tidaklah dekat tapi masih menggetarkan hati anak gadis itu. 

“Seronoknya dapat menghidu udara Malaysia semula, Min. Dekat 10 tahun di Jepun, rasa macam hampir terlupa dengan kesegaran dan ketenangan di sini.” ujar Badrul perlahan. 

Jasmine tersenyum kecil. 

“Min, awak tak jawab lagi soalan saya tadi.” bisik Badrul bila Jasmine masih diam. 

“Belum mengantuk lagi?” 

Badrul menatap wajah Jasmine dalam kelam. “Dah pukul 2.30 pagi, Min! Tak kanlah?” 

Suara yang jelas menunjukkan bahawa Badrul tidak percaya dengan alasan diberikan Jasmine. 

“Min kecil hati dengan Melur ke?” 

Soalan yang menyebabkan Jasmine menoleh dan mata bertatapan dengan Badrul. Dia kemudian ketawa. 

“Kenapa saya yang marah pula? Dia tak turun dinner walaupun masa tu emak dengan bapak awak datang. Jadi, awak yang patut marah, kan? Bukan saya.” 

Jasmine berdalih walaupun sebenarnya tadi, dia memang mengamuk sakan tapi bukan pada Melur. Dia mengamuk dalam bilik ayah tiri dan maminya. Tidak puas hati dengan sikap Melur yang memalukan mereka. Kasihan pada pak cik Hakim dan mak cik Zura. Terpaksa maniskan muka depan mami dan papa Rizal. Dalam hati, entah-entah menyumpah-nyumpah Melur. 

“Kenapa awak tak didik Melur untuk menghormati pak cik dan mak cik, Bad? 10 tahun awak kahwin dengan dia, tapi, sejak di airport lagi, saya nampak perangai Melur yang masih sama. Sama macam 10 tahun dulu. Awak tak jalankan tanggung jawab untuk menjadikan Melur manusia yang lebih baik! Malah, awak saya nampak lembik sangat! Ikut aje cakap Melur tu. Lemah!” 

Badrul hanya mampu ketawa. Ketawa sinis untuk dirinya sendiri. Kerana, dia tahu, Jasmine mengatakan yang benar. Dia gagal sebagai suami. Dia kalah dengan Melur. Dia biarkan Melur menguasai dirinya. Sebab itu, Melur tidak pandai menghormati. Bukan sahaja Melur hilang hormat pada dirinya sendiri malah langsung tidak menghormati ibubapanya. Ya, memang dirinya yang silap! Bukan orang lain! 

“Mengeluh lagi!” Jasmine menegur sebaik melihat Badrul yang keresahan. 

“Saya yang salah, Min. Saya yang gagal sebagai suami. Mungkin sebab...” 

“Sebab hati tak benar-benar cinta?” 

Jasmine tahu bahawa kini mereka sedang menghampiri jurang bahaya tapi dia perlu tahu. Perlu mendengar sendiri pengakuan Badrul Aminudin Haziq. Terlalu lama dia sudah berteka-teki. Tak sanggup lagi dah! 

Badrul menggeleng. “Saya sayang Melur. Cintakan dia, Min. Mungkin masa mula propose dulu, saya hanya kesiankan dia....” 

“Kesian?” 

Badrul mengangguk. “Min, dah tiba masa awak tahu kenapa saya nekad bernikah dengan Melur.” 

“Ya, memang betul! Saya memang nak tahu sangat sebab awak berubah sedangkan sebelum tu awak beria-ia cakap sayang saya, cinta saya.” Jasmine bertegas. 

Badrul menarik nafas sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Dia bangun. Kemudian dia berdiri mengadap Jasmine. 

“Min, waktu saya jumpa Melur, dia dengan ayah awak. Dia dalam keadaan takut sangat. Nak tahu kenapa? Sebab, dia baru kenal siapa sebenarnya ayah awak, Min. Saya keluarkan dia dari rumah itu. Macam larilah dari ayah awak. Kami menyorok, takut ayah awak jumpa Melur. Kalau awak tengok keadaan dia masa itu?” 

Jasmine hanya diam. Keresahan menanti ayat seterusnya. 

“Waktu itulah saya tahu yang Melur lebih memerlukan saya, berbanding awak. Dia sangat rapuh. Bila-bila masa saja, dia akan patah sebab orang yang dia paling percaya, ayah awak, dah kecewakan dia. Waktu itu, Melur anggap diri dia tak ada sesiapa. Dia rasa yang dia tak ada kasih sayang sesiapa sebab dia tahu yang mami lebih sayangkan awak daripada dia. Min, hati saya kasihankan Melur dan saya tahu, saya perlu ada di sisi dia, menjadi pelindung pada dia, sebab dia perlukan saya. Sangat-sangat perlukan saya. Dalam masa sama, saya berat nak lepaskan awak tapi saya tahu, biarpun saya akan buat awak sedih, awak seorang yang kuat. Kuat menghadapi kesedihan. Kuat menghadapi kekecewaan. lagipula, awak ada sokongan mami dan papa Rizal.” 

Jasmine seolah-olah baru dibebaskan dari penjara. Perasaan yang terbelenggu selama ini sudah merdeka. Dia sudah faham. Badrul sekali lagi bertindak bijak. Bertindak baik. 

“Jadi, tak ada cinta untuk saya lagi?” tanya Jasmine, sekadar mengusik. 

Badrul tersenyum. “Awak kakak ipar saya.” 

Aneh, aneh perasaan ini. Selama 10 tahun dia menanti penjelasan Badrul. Fikirnya, dia akan kecewa, menungging mengenangi kisah silam. Tapi, sebaliknya yang terjadi. Dia boleh menerima alasan yang Badrul berikan. Dia pasrah seperti mana Badrul yang begitu tega menukar rasa kasihan menjadi cinta agung untuk Melur. 

“Abang...” 

Mereka dikejutkan oleh suara Melur. Habislah! Fikir Jasmine. Dia terbayangkan adik kembarnya itu menampar pipinya lalu dia menutup mata, menanti. Tapi, Melur tidak melakukannya. Lama... tika Jasmine membuka mata, Melur sedang memeluk tubuh Badrul erat-erat. Hisy! 18 SXlah pulak! 

“Abang?” Badrul kelihatan keliru sebaik pelukan dileraikannya. Segan dengan jasmine kut. 

“Mulai hari ni, Melur akan panggil abang, abang. Melur dah dengar semuanya dan Melur tahu, Melur banyak buat dosa selama ini. Melur tak mahu lagi, bang. Melur taubat. Abang dah banyak memberi dan Melur asyik menerima selama ini. Tiba masa untuk Melur memberi pulak. Abang yang akan menerima. Cinta dan penghormatan daripada seorang isteri.” 

Jasmine tepuk tangan. “Terharunya Min, Melur. You are awesome!” 

Melur terus memeluk tubuh Jasmine. “Sebab Melur ada kakak yang hebat. Yang tak pernah buang Melur walaupun Melur selalu menyakitkan hati dia.” 

“Sebab Min sayangkan Melur.” 

Melur mengangguk. “Tahu! Terima kasih sebab sayangkan Melur.” 

Dari muka pintu, papa Rizal bertanya, “Budak-budak, apa ke halnya korang bertiga ni? Tahu tak pukul berapa sekarang?” 

Puan Liza keluar ke anjung. Bercekak pinggang memerhati anak-anak dengan menantu. 

“Kenapa korang ni? Kelahi lagi?” soalnya dengan mata berkalih-kalih di antara Melur dengan Jasmine. 

“Mana ada? Melur kembar Minlah, mami. Kembar seiras lagi. Kalau marah pun, semuanya marah-marah sayang, okey!” 

Rasa tidak percaya. Rasa bagaikan bermimpi. Namun inilah kenyataan. Air yang dicincang tidak akan pernah putus. Kan? 

Selesai bab Melur dengan Badrul. Kini hanya Ahmad Zahim Muaz menjadi beban dalam fikiran. Apakah masih bersisa masa untuk dia? Masa untuk menerangkan kebenaran? 

Tunggu... 

pecah gelas atas simen... tolong komen? hehe... 


==========================================================

Ulasan

  1. slesai 1 mslh...hrp2 melur xwat hal lg la...
    Zahim & Min...smg ad bhgia utk mreka :)

    BalasPadam
  2. Anonymous, tinggal zahin saja sekarang :)

    BalasPadam
  3. zahin ni dah jatuh hati kt min agaknye..tu yg cemburu ..boleh main ugut2 lg....sain kn min....x sabar nkk baca part min ngan zahin ni....cepat2 new n3 sofii.....

    BalasPadam
  4. zahin ni gaknye dah jatuh hati kt min ...tu yg cemburu ..boleh main ugut2 lg......jgn sikap mcm melur dah....sian min....x sabar nk tgk part zahin ngan min.....cepat2 new n3 sofi....

    BalasPadam
  5. suke2...melur dan bad dah oke..skrg turn min plk..

    BalasPadam
  6. :)
    suke suke suke...
    suka bila apa yang kusut da terungkai
    suka bila BADAQ jadik lelaki budiman..
    Tak sabarnyer nak tunggu part si Zahim pulak...
    cepat cikgu sofi..cepat...
    cepat siapkan citer yang best ini!! he he

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah... selesai sudah...
    takut sangat sy dgn pergaduhan dua beradik ni..
    air dicincang memang selamanya takkan putus kan???
    hehe... thanks for this best part.. :X love it so much~~

    -arisa-

    BalasPadam
  8. Anonymousaka arisa, ur welcome and thanx sbb sudi ke luahan

    BalasPadam
  9. alia, terima kasih krn menyokong sofi, ek...ikut giliran seminggu lg kut hehe

    BalasPadam
  10. mim, senyum ai baca komen anda :)

    BalasPadam
  11. BEst novel nya cikgu sofi..... teruskan sambungannya...

    BalasPadam
  12. Dira lewis, mmg dah bersambung hingga MJ15

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…