Langkau ke kandungan utama

Melur Jasmine 11

"Mami suruh kita balik."

Badrul tatap wajah isterinya lama. "Memang kita nak balik pun. Sayang tak beritahu mami yang abang dah dapat tawaran kerja di kilang kat Penang tu?" 

Melur geleng kepala sambil usap-usap perutnya yang membusung. Melihat perbuatannya, Badrul tersenyum lalu duduk di sisi, sambil tangan turut mengikut apa yang dibuat oleh isterinya. Mereka kemudian berbalas senyum.

"Kenapa tak beritahu? Kan itu berita baik pada mami?" 

Ada rasa tidak enak bila suara suami bagaikan teruja sangat hendak balik ke Malaysia. Macam seronok saja! Adakah kerana nanti akan berjumpa dengan Jasmine? Itukah alasan mengapa ia menjadi satu berita baik? Tetapi,

"Min nak kahwin, bang." 

Usapan terhenti. Serta merta wajah ceria Badrul berubah. Jadi suram. Jadi sedih. Inilah yang sering membuat Melur jadi runsing. Suami yang langsung tidak berdaya menahan dan meindungi perasaannya setiap kali nama Jasmine disebut. 

"Diam aje? Kenapa? Cemburu?" teka Melur sambil menjeling wajah Badrul Aminudin Haziq. 

Badrul hanya menggeleng. "Abang tak patut cemburu. Tak boleh cemburu pada kakak Melur tu. Abang tak berhak." balasnya, cuba mengenepikan rasa resah yang bertandang dalam hati masing-masing. 

"Sebenarnya, kita tak perlu tergesa-gesa nak balik sebab tarikh penerbangan balik yang kita dah atur tu lebih awal dari majlisnya. Kita balik pada 12 haribulan, Min kahwin pada 18 haribulan. Nak tahu? Mami kata, pihak lelaki yang nak cepat. Bertuah kan Min tu? Lelaki mudah benar jatuh cinta pada dia."

Badrul tersenyum meskipun terasa dirinya disindir dalam nada suara yang perlahan itu. Tapi, memang itu kenyataan. Dengan Jasmine, walaupun mulutnya becok dan garang, lelaki memang mudah terpikat. Termasuk Badrul! Tapi itu dulu, Lama dahulu! Dia sendiri sudah lupa perasaan itu.


Alat kawalan jauh dicapai dan stesen televisyen bertukar-tukar siaran Dari cerita ke kartun ke berita ke musik namun semua membosankan dan tidak menarik minat lalu ditutup. "Membazirkan letrik aje!" gumam Badrul sambil berbaring, meletakkan kepala di atas riba isterinya.


Pada waktu itu, anak sulung mereka sedang lena tidur. Misya Airina yang keletah, buah hati Badrul. Manjanya pada Badrul lebih daripada Melur kerana dia anak perempuan, kut?


"Min suka budak-budak. Nanti, bila balik Malaysia, tentu Misya akan manja dengan dia. Silap-silap, Misya ingat Min mak dia!"


Badrul mendongak menatap wajah Melur. Dia mengerutkan dahi. Rasa tidak berapa berkenan pula dengan sikap Melur yang cemburu pada Jasmine. Sentiasa cemburu!


"Melur, Misya anak kita. Melur mak dia. Dia sayang Melur tapi rapat dengan abang. Bila balik nanti, tentu dia akan lebih manja sebab dia baru tahu yang adik-beradik mama dengan papa dia sayangkan dia. Tapi, tidak Min, tidak siapa-siapa boleh dibandingkan dengan kita, okey?" Badrul cuba meyakinkan isterinya. 


Sejak dahulu, Melur sentiasa merasakan bahawa Jasmine lebih segala-galanya daripada dia. Jasmine lebih cantik, lebih manja, lebih mesra... lebih disayangi, lebih disukai! Melur terlalu pesimis. 


"Entahlah, risau nak balik. Takut!"


Badrul terus duduk semula. Tangan isteri digenggam. "Takut apa?" soalnya.


Melur pandang wajah suami bersama genangan air mata. Terlebih sensitiflah pulak!


"Takutlah! Takut sayang jatuh cinta pada Min semula."


Rasa hendak marah pun ada. Geram pun ada pada isterinya ini. Yang bukan-bukan aje bermain-main dalam fikiran. 


"Cinta monyet pun nak jadi isu, ya?" Hidung Melur dipicitnya. "Melur, berdosa kalau abang ada hati pada Jasmine sebab dia kakak ipar abang. Abang tak suka Melur cakap merapu tentang Min dengan abang lagi. Dan, abang juga tak mahu Melur terus fikir yang bukan-bukan tentang perasaan abang pada Jasmine. Kenapa masih cemburu dan tak percaya pada abang sedangkan kita kahwin dekat 10 tahun ni!"


Lama Melur tatap wajah Badrul. Begitu beria menafikan perasaannya pada Jasmine. Tapi, macam mana Jasmine pula? Sembilan tahun sejak perkahwinan dia dengan Badrul, baru sekarang hendak berumah tangga. Bukankah itu tandanya yang Jasmine masih mengharapkan Badrul?


Bagai tahu apa yang meniti dalam kotak fikir Melur Airina, Badrul berkata perlahan, "Janganlah Melur dok tertanya-tanya kenapa baru sekarang, Min nak kahwin. Abang yakin, selama ni, Min belum jumpa lelaki yang dia cinta. Agaknya inilah baru pertama kali, Jasmine jumpa yang sesuai dan mereka berjodoh. Tak ada apa yang Melur patut cemburu tentang hati dan perasaan. Baik hati dan perasaan abang pada Min atau perasaan Min pada abang. Belajar mempercayai! Jangan ikut sangat rasa cemburu tu!"


.................


"Mami, kenapa mak cik Zanariah tu tetap hendak bermenantukan Min sedangkan dia tahu siapa Min ni?" 


Puan Liza tatap wajah cantik anaknya sambil tersenyum. Dia faham apa yang sedang sarat bersarang dalam fikiran Jasmine. Status dirinya sebagai anak Zahar! Zahar yang juga seorang penculik. Zahar, seorang pengedar dadah yang sudahpun dijatuhi hukuman gantung sampai mati, beberapa tahun yang lepas.    


"Min, pak cik Hakim dengan mak cik Zura kamu pun sanggup terima Melur, kan? So, apa bezanya di antara ibu bapa Bad dengan emak Muaz?"


Ya tak ya juga, kan? bisik hati Jasmine.


"Jangan fikir banyak sangat! Fikirkan majlis kahwin Min dengan Zahim saja. Fikirkan macam mana cara nak bahagiakan suami Min tu nanti!"


Fikirkan Ahmad Zahim Muaz? Huh, buat semak kepala otak sahaja. Lelaki itu semakin melampau sejak dua menjak ini. Semua perkara hendak dibuat bersama-sama dengannya. Jenuh Jasmine mengelak, semakin galak lelaki itu mencarinya. Tidak faham dia dengan sikap lelaki itu yang dirasakan terlebih mengada!


"Min?"


Jasmine terpinga-pinga bila ibunya memanggil. 


Puan Liza ketawa, "Apa ajelah yang Jasmine Airina, anak mami ni fikirkan, ya? Sampai terkejut bila mami panggil."


"Fikirkan si Zahimlah, siapa lagi?" usik bapa tirinya, Rizal yang tadi tekun membaca akhbar tetapi kini sedang memerhati Jasmine dan puan Liza yang ralit dengan bekas telur yang cantik, yang sudah siap ditempah. 


"Tak ada maknanya nak ingat dia, pa!" Selamba Jasmine menafikan. 


"Memang betul tu, bang. Depan kita, cakap nyampes, tapi bila dapat panggilan telefon si Zahim tu, berjam-jam dilayannya." usik si ibu pula. 


Hilai tawa yang riuh berkumandang. Tiba-tiba Puan Liza teringatkan Melur. "Eei, dah pukul berapa ni? Kita kena pergi ambil Melur anak beranak di KLIAlah!" katanya dalam kekalutan.


"Tak sabar anak dia nak balik dah!"


"Mestilah! Dah lama tak jumpa, tahu. Min, Min pergi dengan mami ke, Zahim datang ambil?"


Jasmine tidak perlu menjawab. Orang itu sudah tercongok di muka pintu. Hensem dan berkeyakinan seperti selalu. 


...........


Jasmine resah. Tidak mengerti mengapa hatinya berdegup kencang hanya untuk menyambut kepulangan Badrul, ops, kepulangan Melur sekeluarga. Pelik perasaan yang sedang dirasa. Di sisi, bakal suami begitu setia menemani dan sedang rancak berbual-bual dengan papa Rizal Tetapi hati? Ada rasa tidak sabar untuk menemui lelaki itu semula. Rasa rindu yang datang entah dari mana sedang hangat dalam jiwa. Ah sudah! 


Saat itu tiba juga. Setiap langkah kaki lelaki itu yang diatur mendekati mereka bagai sudah sebati dalam minda. Saat mendengar Badrul Aminudin Haziq menyapa ibunya dengan mesra, rindu bagai terbebat mendengar suaranya. Saat Badrul merenungi dirinya, hangat hati dan perasaan. Terbuai dalam khayalan, untuk seketika.


Hati Ahmad Zahim Muaz membentak. Resah memerhati sikap Jasmine hari ini. Diam dan sedikit menggelabah. Mengapa? 


"Hai, Min! Jangan tenung my hubby lama-lama macam tu! Dia dah lama jadi hak Melur, okey! Dan awak tu nak jadi bini orang lain dah!"


Kenapa kata-kata kembar si Jasmine itu bagaikan duri menusuk hati nurani Ahmad Zahim Muaz? Siapakah Badrul sebelum berkahwin dengan Melur dan apakah hubungannya dengan Jasmine. Semua persoalan menghantui fikiran.


p/s: harap anda suka n3 ini dan sudi komen.












Ulasan

  1. sian jasmin..hope min xpyh ingat kt bad dah..

    BalasPadam
  2. ala dugaan apalagi la yg min akan tempuh.. harap2 dia tabah walaupun kisah dia dan badrul masih xde sapa yg tau sbb perpisahan tu...harap2 min bahagia dengan muaz

    BalasPadam
  3. cpt2 la min n badrul ni khwin...

    BalasPadam
  4. @miznza84mmg sedih bila cinta xkesampaian, kan?

    BalasPadam
  5. eh,silp2...
    min dgn zahim...
    cpt2 la diaorg tu khwin...:D

    BalasPadam
  6. nampak cam jahat je si melur ni.... cam mana la badrul boleh jatuh cinta ngan dia ni.....

    BalasPadam
  7. Anonymous, hehe... iya ke jahat? dengki je kut?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…