Langkau ke kandungan utama

Marahnya... bila kalah bola!


Assalamualaikum.....


Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.


Wah, berapi-api kemarahan peminat pada Harimau Muda sebaik kalah 2 - 3  dengan Bahrain semalam. Kalau baca di FB....siap dengan Hasbullah Awang sekali disuruh letak jawatan muahahaha.....

Adatlah.... bola kan bulat? Satu saja pulak tu, yang rebutnya ramai..22 orang, kan... jadi siapa kakinya lebih tangkas, dialah dapat! 

Masa kalah dengan Syria, semua bersimpati dengan Harimau Muda sebab diorang letih di Indonesia. Jadi, tak adalah yang bising dan marah-marah sangat. Habis tu? Dengan Bahrain? Letih juga ke? 

Harimau muda sudah mendahului 2-0. Susah payah dapat dua gol tu.  Lepas tu, mulalah... main macam apa..ops kang mesti ada yang mengamuk marah aku...

Hakikatnya, bila dah leading, mulalah rasa selesa. Mula kurang menyerang dan biarkan bola berlegar dalam kawasan sendiri. Bukan Harimau muda saja akan kalah kalau mudah rasa selesa, Barcelona pun kalah. Manchester United pun akan kalah juga! Main bertahan setelah mendahului... adalah taktik menuju kehancuran bila anda main bola. Bukan aku cakap ni. Ini apa yang kebanyakan kawan2 (orang lelaki) cakap, yang aku dengar-dengar setiap kali diorang bincang dan buat post mortem selepas satu2 pasukan kalah bola.

Dah takdir, kan? Mendahului 2-0, dengan pasukan lawan cuma 10 pemain tapi dalam tempoh 5 minit, Bahrain buat 3 gol. So, siapa yang salah? Pertahanan atau Apex? 

Tak guna tanya pun. Yang lepas tu biarkan saja. Tapi, aku rasa, mungkin Kim Swee tak ada ayat pembakar semangat yang betul-betul POWER kut? 

Masa final Sukan SEA, ini yang Ong Kim Swee bakar minda dan emosi pemain Harimau Malaya.....
"Mereka tak hormati kamu, tak hormati bendera kita, tak hormati raja kita, tak hormati ibubapa kamu. Kalau kamu biarkan ia (kekalahan) berlaku, maka kamu adalah pengecut! Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warga negara Malaysia."
Maka semua pemain bermain bersungguh-sungguh dan dengan izin ALLAH, mereka menang. Selepas menang, apa lagi jurulatih kata?
Kita kalahkan mereka bukan sekali, tapi dua kali di hadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya!!
Mungkin inilah yang kehilangan.... Kata-kata berapi peniup semangat pemain? Wallahualam...

Apa pun, mereka masih muda. Masih boleh maju dan maju dan maju tapi.... kena ada yang bagi nasihatlah pada diorang ni supaya.....
kurangkan skandal... boleh? :)
kut-kutlah... mana tahu, kan?
==========================================================

Ulasan

  1. 'Jika tak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang'

    btw certain dorg kena post mortem balik la kan..;p

    BalasPadam
  2. HAFIZAL, apa yg terbaek tu?
    (tanya sambil senyum)

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…