Langkau ke kandungan utama

Kesepian melanda....aduhaiii



Assalamualaikum..... 
Kami adalah pria pria kesepian
Jauh dari rumah dan ditinggalkan cinta
Coba dengar keluhan kami... pria kesepian
Ku... tlah berjanji... akan slalu menjagamu
Tapi... kau selalu pergi... bersama kekasih barumu
Masalah paling utama bagi kebanyakan orang di dunia ini ialah kesepian. Orang merasa kesepian kerana tidak mendapat kasih sayang mahu pun penghargaan. Lebih daripada 70% orang yang membunuh diri adalah kerana dia kesepian. Kesepian menyebabkan seorang merasa depress sangat! Kadang-kadang itu menjadi penyebab mengapa orang yang kesepian terjerumus menjadi penagih dadah dan peminum minuman keras. 

Kesepian (lonely) tidak merujuk kepada seorang diri (alone) sebab di dalam dunia yang penuh hiruk-pikuk dan hingar-bingar sekalipun, masih terdapat ramai orang yang kesepian. Orang gelak di sekeliling kita tapi kita masih sepi. Orang bercakap dengan kita tapi kita masih rasa tersisih. Kesepian! Kita dapat bunga, dapat kek, dapat emel, dapat chat, dapat panggilan telefon, dapat SMS, tapi hati kita masih kesepian. Kesepian itu tidak mahu pergi. Mengapa? Apa lagi yang kurang?
Sepi berasal dari hati. Hati yang memacu kesunyian meskipun di sekeliling kita riuh rendah suara teman-teman. Sepi tidak dapat dihilangkan dengan duit berjuta. Sepi melanda bila kita rasa sunyi di tengah-tengah keriuhan. Sepi kerana di sekitar kita, orang-orang tidak lagi mempeduli. Kita rasa terasing. 

Orang yang sepi ialah orang yang sudah ketandusan kasih sayang. Semakin sepi bila si dia, orang yang kita cintai sudah kurang memberi tumpuan pada kita. Bila suami sibuk dengan urusan pejabatnya, isteri menjadi sepi. Bila isteri sibuk dengan urusan anak-anaknya, suami menjadi sepi. Begitulah!
Tiap orang membutuhkan atensi maupun kasih sayang!

Kesepian adalah salah satu bentuk kesedihan. Kata kesepian itu berasal dari akar kata "sepi". Di dalam kamus, sepi itu bermaksud 
"tanpa teman, tersisih ... sendirian. 
Sedangkan kata sifat "sendirian" bererti 
"Merasa tersisih, kerana tidak ada yang menemani". 
Kesepian sering kali memanifestasikan diri dalam bentuk rasa sakit, rasa hampa, dan depression.

Dan tahukah anda bahawa kesepian itu adalah penyebab penyakit jantung atau pun kanser?

Dalam sepi, kadang-kadang kita bertanya, Di manakah TUHAN? 

Apakah jawapannya? Mudah sahaja! 
"Right beside you!".
Kita tidak merasakannya tetapi TUHAN selalu hadir di dalam kesepian kita, kerana kasihNYA. TUHAN tidak akan meninggalkan kita walau dalam keadaan apapun diri kita ini. 

Kurangnya cinta terhadap diri sendiri menyebabkan kesepian sehingga menjadi penjara yang paling berat bagi manusia. Dan, kuncinya hanya bisa dibuka dari dalamiaitu oleh diri kita sendiri.

Setiap orang yang merasa kesepian harus berani mengambil keputusan dengan menjawab persoalan-persoalan ini: 

1. Apakah saya mahu membayar harga untuk mengubah situasi kehidupan saya ini? 

2. Sanggupkah belajar mengasihi orang lain terlebih dahulu dan berhenti menaruh belas kasihan terhadap diri sendiri?

Tahukah bahawa kasih itu seperti gema; melantun kembali bila ia terlontar.
"Kasihilah sesama manusia seperti engkau mengasihi dirimu sendiri." 
rujukan:


============================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…