Langkau ke kandungan utama

Kenapa memilih lelaki tua sebagai kekasih?

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.


Woody Allen, sanggup meninggalkan isterinya, Mia Farrow untuk mengahwini anak angkat mereka, Soon Yi Previn yang jarak usianya hampir 30 tahun daripada Allen.

Isu n3 ini ialah lelaki tua. Kenapa perempuan muda suka pada lelaki tua? 

Satu kajian yang dijalankan mendapati 65 peratus gadis muda hari ini sanggup memilih lelaki berusia yang berharta pada peringkat umur 40 hingga 50 tahun sebagai calon suami, manakala 12 peratus lagi menyatakan kesediaan untuk mengahwini lelaki sebegitu pada lingkungan umur antara 51 hingga 60 tahun.

Kebanyakan gadis muda yang latar belakang hidupnya susah, inginkan jaminan masa depan sebab itu mereka memilih suami yang berharta, walaupun perbezaan umur begitu ketara.

Mengahwini lelaki yang berharta walaupun sudah berusia memberi peluang kepada mereka untuk menikmati hidup yang selesa tanpa perlu bekerja keras. 

Ada gadis yang tidak yakin dengan diri sendiri dan memerlukan sokongan lelaki berusia yang sudah berjaya dalam hidup mereka. 

Ada gadis sanggup mengahwini lelaki sebegitu supaya mereka dapat hidup senang dan impian menjadi kenyataan untuk menikmati gaya hidup mewah. 

Ada gadis yang kata, dia memilih lelaki kaya kerana itu akan membolehkan mereka menyertai golongan elit dan kelas tertentu,

Malah, ada yang kata, lelaki tua dikatakan lebih memahami dan mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik.

Cinta lelaki berusia lebih meyakinkan berbanding lelaki muda yang tidak matang. 

Lelaki tua lebih romantik dan sensitif dengan perasaan wanita selain sabar melayani kerenah mereka.

Berbanding lelaki muda, lelaki berusia tidak membosankan. Lelaki tua tidak lokek berbelanja dan suka berjenaka serta mempunyai banyak cerita melucukan untuk dijadikan bahan perbualan. 

Tetapi, risikonya....

1. Ketidakpastian terhadap kesetiaan pasangan berikutan jarak usia yang jauh. Kira-kira 62 peratus mengakui perbezaan itu mengundang rasa sangsi, terutama terhadap pergaulan sosial pasangan selain masa depan yang kabur.

2. Ada yang kurang yakin dengan diri mereka untuk berhadapan dengan cubaan dan godaan lelaki muda atau yang sebaya. 

3. Ada yang bimbang akan gagal mengikuti gaya hidup baru itu yang pastinya membawa perubahan sosial dan perasaan.

pix_middle

Yang ni adalah contoh pasangan bahagia, meskipun perbezaan umur mereka jauh... 

Abdul Aziz Uteh, 76 dan Noraida Abdul Saman, 36 dan anak-anak mereka, Mohd Ashraf, 9, dan Siti Nurasnida, 5.

sofi: tak kiralah siapapun... kalau berkahwin dan membina rumah tangga kerana amanah sebagai khalifah di muka bumi.... insyaALLAH akan bahagia, ya tak?

=========================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…