Langkau ke kandungan utama

Kasanova - sanggupkah anda jatuh cinta kepadanya?

Assalamualaikum..... 

Pernah dengar kan, perkataan Kasanova? Alaa.... playboy? Kaki Perempuan? Pencinta Wanita? Mata Keranjang?

Rupa-rupanya perkataan Kasanova / Lelaki Mata Keranjang tu asalnya Casanova datang dari nama ORANG. Memang wujudlah... Di Venice... lama dulu! Ini gambar dia!

YUP..Casanova memang betul2 wujud. Macam mana nama itu boleh bertukar menjadi kata sifat manusia? Mudah sahaja! Sebab si Casanova ni hidupnya diisi oleh perempuan. Semua sikap lelaki miang tu, ada pada dia!

Sikap lelaki Kasanova tu macam mana? Maksudnya, macam mana kita nak kenal lelaki Mata Keranjang?

Well.... perhatikan ciri-ciri berikut:


LELAKI mata keranjang adalah lelaki yang pantang melihat wanita-wanita cantik. Ia membuatkan hati mereka bergejolak untuk menegur dan berbual-bual dengan lebih dekat atau paling kurang memandang dengan sorotan mata ingin menggoda.

Sifat-sifat lain yang dimiliki oleh lelaki mata keranjang termasuklah peramah, pandai mengambil hati, periang, pandai membuat orang ketawa, pandai memikat hati dan tahu bagaimana memujuk dengan kata-kata manis.

Self esteem juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan seorang lelaki itu mata keranjang. Ini kerana lelaki Kasanova merasakan diri mereka hebat apabila berada di khalayak dan mula perasan bagus bila dipuji orang.


Dan... paling best, lelaki mata keranjang juga selalunya sering menjadi perhatian dalam apa jua majlis. Hmm...


Soalan: Mudahkah untuk jatuh cinta kepada lelaki Kasanova?

Tentu sekali! Masih ingat si Shah Bunga? Lelaki bertubuh sasa dan perkasa. Dia tidak punya pekerjaan malah dia ialah seorang bekas banduan! 

Hebatnya dia kerana memiliki 21 isteri yang dikahwininya dalam tempoh 9 tahun. Setiap kali berkahwin, Shah Bunga tidak menceraikan isteri terdahulu sebaliknya ditinggalkan begitu saja tanpa ingin mengambil tahu nasib wanita-wanita tersebut. Tujuan dia kahwin? Apa lagi? Tujuan jahatlah! Dia melacurkan isterinya dan hasilnya digunakan untuk dia berjoli dan hidup mewah.

Jika anda ingin tahu lagi tentang kasanova, tekan sini!

Akan terpikatkah anda dengan seorang kasanova? Hmm... tepuk dada tanya selera. Tapi, hakikatnya, seorang wanita mudah benar tangkap leleh/ tangkap cintan dan semua istilah yang sewaktu dengannya terhadap seorang kasanova. 

Pengakuan seorang kasanova...

Nama samarannya, Joe. Joe seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak malah
rumah tangga yang dibina selama 16 tahun tidak pernah goyang biarpun isteri tahu akan sikapnya yang kaki perempuan! Amboi!

Kata Joe, dia bukan lelaki yang terdesak tetapi hobinya, suka mencari wanita-wanita cantik untuk dijadikan teman ketika inginkan keseronokan. Ini kerana dia seorang lelaki yang perlukan belaian manja wanita selain daripada isteri sendiri.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya, jelas Joe, dia bukanlah seorang lelaki yang pandai berkata-kata apatah lagi memujuk rayu mana-mana wanita. Tetapi bidang kerjanya menuntut dia bergaul dengan pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada pelbagai jenis manusia. Bermula sebagai pelanggan ataupun rakan sekerja, pertemuan yang kerap untuk membincangkan hal-hal kerja secara tidak langsung menjadikan mereka bertambah rapat. Lama-kelamaan, hubungan menjadi serius.

Tidak terhenti setakat itu, menurut Joe lagi, dia juga ada kalanya akan melanggan wanita pelayan pelanggan (GRO) sekiranya mengunjungi kelab-kelab malam mahupun pusat karaoke. Hanya untuk bersuka ria pada tempoh waktu tertentu dan tidak lebih daripada itu.

Pendek kata, lelaki mata keranjang aka Kasanova tidak pernah cukup dengan seorang perempuan. 

Bolehkah berubah? Mampukah berubah? 

Kenapa tidak? Kasanova jugak manusia biasa, kan? Ada akal dan hati. Mencuri tagline ASST...
Dengan kasih sayang ALLAH, tiada yang mustahil. Betul tak, MJ?
Tapi... kan, aku suka kalau dapat buat watak hero sebegini. Waktu belum kahwin, lelaki itu memiliki sikap kasanova namun once dia terpandang heroin...fulamak, jantung berdegup laju, terus cupid menyerang dari mata turun ke hati. Lepas tu beransur2 jadi baik. 

Siapa sokong?


===================================


Ulasan

  1. saya!..tp nak dapt yg mendegupkan jantung tu, mesti menempuh ranjau dulu...bukan semudah petik jari...
    ok kak sofi..sila-sila..boleh kembangkan plot..

    BalasPadam
  2. hey...dah ada la plot novel mcm tu, Sweet Sour karya Nasz...Joe tu bukan main playboy girlfriend sampai 200..lps jumpa Lia terus berubah 100%

    BalasPadam
  3. nim, okey... kita wat plot len...hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…