apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.11.11

Jaga Mulut Tu!


Assalamualaikum..... 

Menderita akibat penyakit kanser, memang teruk. Kalau boleh, minta pada ALLAH, janganlah kita kena, iya tak? Tapi kalau diuji juga, reda ajelah...

Azean Irdawaty sedang bergelut dengan penyakit tersebut yang sudah berada di peringkat empat dan sudah merebak ke tulang. Dia sedang dirawat di Hospital Beacon, Petaling Jaya. Azean Irdawaty memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan penyakit kanser yang dihadapinya.
"Agak memalukan buat saya untuk meminta bantuan orang awam bagi rawatan kanser saya. Namun saya tiada pilihan lain kerana bil perubatan saya mencecah RM30,000 sebulan dan saya adalah orang yang mencari rezeki dalam keluarga," 
Seorang doktor yang enggan dikenali telah membayar rawatan CyberKnife yang dilakukan oleh Azean sejak dua minggu lalu. Untuk tempoh enam bulan akan datang, dia perlu mendapatkan RM180,000 untuk rawatan tersebut, yang memakan kos RM13,000 per sesi.

Menurut laporan Berita Harian pula, sekumpulan artis lelaki bergelar Hero Malaya yang diketuai oleh Aznil Nawawi akan turut menghulurkan bantuan dengan menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter. Selain itu juga Aznil dilaporkan akan mencuba nasib mendekati pihak telekomunikasi serta para peminatnya.

Perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh Azean merangkumi perubatan, jururawat peribadi, fisioterapi, lampin pakai buang untuk orang dewasa dan juga bayaran guaman untuk anak lelakinya, aktor Benjy yang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah tahun lepas.

Bila kita sakit, bila kita tak ada duit, bila kita terdesak, mungkin kita juga akan terpaksa meminta-minta. Kalau kita berupaya, dan mampu, tidak mungkin kita mengharapkan bantuan orang lain, betul? Tapi, aku cukup sedih bila baca komen mereka bila artikel ini disiarkan di sini. Antaranya...

1. Kalau tak mampu buat cara tak mampu, masuk hospital kerajaan kan percuma? Tak lah sampai menyusahkan orang lain.

Mak, sampai hati outspoken sampai begitu sekali. Awak tak mengalami, mana awak tahu? Tiap kali kita sakit, tentulah kita mahu rawatan yang terbaik. Orang tu dah la sakit, tentu sedih bila dia baca komen seperti ini. 

2. knp la,,perlu g hospital swasta klu sedar diri tu dh x mmpu nk byr?? 1 hari duduk dh beribu riban..hospital kerajaan pon ok..doktor pon sume yg bertawliah..jgn pk ko tu plakon la,,nk dok tmpt yg standard je..perlu ke jururawat peribadi?? ingt ko tu agong ke nk ade jururawat peribadi?? pk laa ckit,,dh xde duit buat cara xde duit,,jgn nk susah kan org jee...ank ko tu sptut nye x yah kuar jail,,biar die rse do jail cm mne,,die ngedar dadah,,kita plak kene tlong nk byr yuran peguam die..hampeh btoll !!!!!!

Memang betul, kalau tak mampu, masuk aje hospital kerajaan tetapi, kan dah dijelaskan yang ada doktor bayar rawatan cyberknife dia? Ada ke rawatan ni kat hospital kerajaan? Dan, janganlah 'hampeh'kan orang. Ni nasib dia! Malang dia. Hari susah dia! Hidup ibarat roda. Tidak mustahil, perkara begini menimpa diri kita dan keluarga kita satu hari nanti! Masa tu, kalau orang 'hampeh'kan kita, macam mana?

3. dan saya adalah orang yang mencari rezeki dalam keluarga," jelas Azean..' - statement yg tersgt sombong! hubby akak mana daaa..?? tak terasa hati ke dia..?? byk fikir sikit kak bila bercakap tu - ini bukan skrip filem..

Hai, meluah perasaan pun dikatakan sombong. aduyaii... 

Orang-orang muda, tolonglah jaga mulut dan hati. Berkatalah yang baik pada orang-orang yang lebih tua. Jahat atau baik, orang tua tetap perlu dihormati.

Bacaan ini membuat aku insaf. Bahawa, di dunia ini, makin kurang manusia yang prihatin. Kalau tidak mahu membantu, janganlah mengutuk. Lebih baik diam, tutup mulut! Belajarlah mengasihani!


===================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.