Langkau ke kandungan utama

India kecoh kerana Sunny Leone. Siapa dia?

Assalamualaikum.....

Ada berbagai cara dilakukan oleh stesen TV mahupun produksi filem untuk meningkatkan rating atau bahasa mudah, untuk menarik orang tengok rancangan terbitannya. Misal, sejak cerita Nora Elena, nama Aaron Aziz saja dijadikan hero dalam sesebuah cerita selepas itu. Tak percaya? Tu, cerita Badai Semalam yang baru tamat pementasan di Istana Budaya? Siapa jadi Karim? Aaron.... Cerita Ombak rindu? Aaron... 

Tapi, di India ni lagi hebat! Untuk tingkatkan rating satu program realiti diberi nama Big Boss, versi India kepada rancangan asal bertajuk Big Brother, seorang pelakon cerita lucah di pilih menjadi salah seorang pesertanya. Hmm....

Canadian porn star Sunny Leone's appearance on India's biggest reality TV show 'Bigg Boss' is causing a stir in the mostly conservative country where sex is taboo and open displays of affection are still frowned upon

Cantik dengan bentuk badan yang menggiurkan. Habislah... Peserta lain tentu awal-awal dah kecut perut! 

Masyarakat India marah sebenarnya. Iyalah... kalau anda tengok cerita Hindi, kan.... Producer filem India belum ada yang terlalu berani untuk membenarkan adegan 'panas'! Ini kenyataan, kan? Kalau nak 'kiss' pun macam jadi tak jadi aje... huhu...

Maksudnya, budaya timur masih lagi kuat dalam industri..

Mengapa memilih pelakon lucah ini untuk menyertai rancangan realiti TV yang berkaitan pengendalian kehidupan di rumah - tentang memasak dan cuci baju, kemas rumah bla bla? Mesti agendanya satu.. untuk 'meletups' kan rancangan tu! 

Nanti, semua orang sibuk nak vote pelakon tu. Silap haribulan, anak2 remaja sibuk search internet, nak cari cerita xxx yang dilakonkannya. Hancusss!

Ni aku dapat dari sumber

On microblogging site Twitter, reactions ranged from the lascivious to the outraged.
"It is shameful that TV shows are now bringing in porn stars to boost their viewer ratings," college student Payal Saxena wrote. "I will not watch this show anymore and will urge my other friends to do so."
Jangan esok-esok orang-orang di Malaysia buat langkah yang sama, sudah...

===================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…