Langkau ke kandungan utama

Ibu bapa...anda nak BI ke nak dwibahasa? Alert - disember!


Assalamualaikum..... 

ibu-ibu, bapak-bapak murid tahun enam yang mahu anak mereka belajar maths dan sains dalam bahasa inggeris tahun 2012 boleh menyemak mana sekolah yang ajar dalam bahasa inggeris itu pada bulan 12 nanti. siapa cakap tu? Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin la... Dia cakap, ia bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan proses semakan itu hanya membabitkan pelajar yang mengikuti program PPSMI sepenuhnya iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah.

apa lagi? Okey.... jika sekolah dipilih tak melaksanakan program atau dasar tu, Ibu bapa pelajar boleh memindahkan anak mereka ke sekolah lain.
 
dia kata lagi, pelajar yang tidak mengikuti PPSMI atau menggunakan dwibahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik dan Sains, tidak perlu membuat semakan kerana dijangka tiada masalah berbangkit.
“Saya sudah arah kementerian dan Ketua Pengarah supaya semakan dibuat bermula Disember ini. Kita mengambil tempoh lebih awal sikit. Biasanya mereka masuk Januari, kita minta mereka menyemak di sekolah mana dan guru akan beritahu untuk memastikan tidak ada kejanggalan. Kita akan maklumkan semua sekolah. Pegawai Pendidikan Daerah akan memanggil pengetua dan guru besar untuk memaklumkan cara mengelakkan masalah tadi (kejanggalan)... kalau ibu bapa tidak membawa anak pun tak apa, cuma untuk menyemak kesesuaian sekolah menengah yang mengamalkan dasar yang sama,” 
Beliau berkata demikian dalam rancangan Soal Jawab yang dihoskan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib melalui TV3, malam tadi.


Ulasan

  1. kesian anak2 yg dieksperimentasikan....

    BalasPadam
  2. sib baik zaman sekolah dh habis..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…