apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.11.11

Hijrah...Wajah Yang Menyejukkan Mata Hati.

Assalamualaikum..... 

Antara wanita-wanita cantik yang paling aku suka tengok, ialah dia. Dulu, apalagi sekarang. Lihatlah.....




Cukuplah, kut? Tiga wajah jelita Catriona Ross Baharin aku pamerkan untuk anda. Nanti bubuh banyak2, ada yang tak tidur malam pula, hehe...

Sejak dia berhijrah ni, ada rakan-rakan yang berasal dari sekolah dan kampung yang sama, hilang dari sisi Catriona. Mungkin kerana merasa segan dengan perubahan dirinya yang tidak sesuai dengan mereka dari segi berpakaian, pemikiran dan percakapan.

“Saya maafkan mereka,” ujarnya dalam Forum Dhuha yang diadakan di Surau al-Hidayah, Seksyen 7, Kota Damansara.

Catriona kini lebih selesa dan sangat bahagia dengan suasana yang dilalui.
“Saya sangat-sangat bahagia. Saya tak sesibuk dulu. Saya tak shooting sekarang,” 
Kini, Catriona sering memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi di institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta. Baginya, perubahan yang berlaku kepadanya itu telah mengembalikan beliau kepada fitrah manusia.
“Saya bersyukur kepada Allah, hidup saya berubah dalam sekelip mata,” 
Beliau menambah, apa yang berlaku itu juga telah mengangkat darjat dirinya dan memberi kekuatan bagi menjalani kehidupan sekarang.

======================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.