Follow Us @soratemplates

25.11.11

Harga Toyota Vios ni RM10 juta! Uwaa...Pengsan!!

Assalamualaikum..... 


Di sekolah aku, ramai cikgu pakai Toyota Vios. Aku pun minat juga tapi... nanti-nanti....

Berapa harga Toyota Vios, ya? RM70 000? Ooo.... 

Tapi, kalau anda nak tahu, ada satu kereta sedan Toyota Vios ni harganya...mak aiii....  Melonjak sehingga RM 10 juta!!!! 

Percaya ke tidak ni?

Kenapa begitu tinggi nilainya? Jutawan mana yang dah membeli sedan tersebut dan mengubah suai sehingga sebanyak itu?

Jangan terkezutt...

Bukan milik jutawan pun! Tapi milik orang yang jika sabit kesalahan, insyaALLAH, bakal ke tali gantung!

Kereta itu kena 'raid' dengan polis. Orang jahat letak kereta Vios tu di parking lot sebuah hotel murah. Dalam serbuan tu, polis Cawangan Narkotik itu menemui...
bungkusan dadah, 10 bungkus semuanya mengandungi heroin dengan berat 4,655 grams. Nilai dadah itulah yang RM10 juta tu!
Alhamdulillah, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, polis sudah dapat menangkap 2 suspek berumur 28 dan 36 tahun dalam hotel murah tu dan kedua-dua sudah disah, positif dadah. Mereka ditahan reman dan disiasat di bawah Section 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Police percaya, suspek mempunyai kaitan dengan satu sindiket yang kini sedang bergerak aktif di Lembah Klang.

======================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.