Langkau ke kandungan utama

Hantar mereka balik! Tak suka!


Assalamualaikum..... 

Aku tengah tengok bola nih.. hehe. Dah jatuh cinta dengan bolasepak Malaysia nampaknya. Harimau Malaya... Go! Go! Olympic London 2012! 

Okey, stop!

N3 ni nak menyentuh tentang awang hitam. Kita semua tahu bahawa lambakan kehadiran mereka, sama ada yang bijak pandai mahupun yang kurengg.. seolah-olah hanya membuat huru hara. Ooo... memanglah, bukan semua! Tapi, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Buktinya....

Semalam, polis memberkas seramai 72 lelaki warga Afrika yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenis penipuan seperti kiriman penghantaran barang, wasiat, perbankan dan Black Money dalam Ops Tiong selama enam jam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dilakukan di beberapa lokasi seperti Desa Lembah Permai, Ampang Jaya; Taman Wangsa Permai, Sentul; Metro Prima, Kepong dan Seri Damansara, Petaling Jaya.

Kesemua mereka disyaki terlibat melakukan sebanyak 945 penipuan melibatkan kerugian RM29.63 juta sejak Januari hingga Oktober lalu.

Timbalan Pengarah II JSJK, Datuk Rodwan Yusof berkata, serbuan dilakukan selepas risikan mendapati penghuninya yang mendakwa pelajar terlibat melakukan penipuan menggunakan rangkaian Internet.
“Daripada 72 warga Afrika yang ditahan, 67 ialah rakyat Nigeria, Cameroon (tiga) dan Papua New Guinea (dua), manakala turut ditahan untuk pemeriksaan dua wanita warga Nigeria dan seorang rakyat Thailand,” 
Operasi yang melibatkan 42 pegawai dan 300 anggota itu turut disertai Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen dan ketika serbuan dilakukan, terdapat warga Afrika yang enggan bekerjasama dengan mempertikaikan serbuan polis, namun tiada seorang yang berjaya meloloskan diri.

Hasil pemeriksaan, polis menemui peralatan membuat Black Money di beberapa buah rumah selain wang palsu dollar Amerika Syarikat.
“Bagi mengesan penipuan yang telah dilakukan, polis telah merampas komputer riba milik kesemua suspek untuk dihantar ke Jabatan Forensik dan membuat pengesanan. Ujian air kencing yang dilakukan mendapati kesemua mereka tidak mengambil sebarang jenis dadah.".
Polis dapat membongkar taktik ‘Awang hitam’ yang sering mendakwa diri mereka sebagai pelajar apabila dua keping kad matrik tertera identiti sama tetapi berlainan wajah pemilik ditemui. Nampaknya, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen perlu buat siasatan dan tindakan lanjut untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap kolej yang menjadi dalang kepada kemasukan warga Afrika yang menjadi penjenayah itu.

rujukan:


alamak.... malaysia ketinggalanlah...tak pe, chaiyok!

==========================================================

Ulasan

  1. kat magne ville dpn berhampran hospital selayang pun ada awang hitam, minah hitam..ngeri rasanya jika dok menyewa kat situ...mcm mana pulak sejak akhir2 ni kaum mereka ni ramai?

    BalasPadam
  2. che`leen, ntahla... kerajaan kita mudah benar bagi orang luar masuk. inilah padahnya!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…