Langkau ke kandungan utama

Fahami Cinta

Assalamualaikum.....


Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.


Kata Polis ~ cinta itu sukar ditangkap

Kata Ustaz ~ cinta itu anugerah

Kata Doktor ~ cinta tak dapat untuk diubati

Kata Guru ~ cinta tak boleh untuk dipelajari

Kata Hakim ~ cinta tak boleh dihukum

Kata Orang ~ cinta itu indah

Kata Rangga ~ ada apa dengan cinta

Kata Radja ~ benci bilang cinta

Kata Agnes Monica ~ cinta tak ada logika

Kata Allah ~ cinta itu milik DIA. ^_^


terima kasih ~ Amalina Yaakub

Ulasan

  1. Cikgu Sofi,
    Saya nak komen di sini la pasal Afif dan Zharif tu.
    Boleh ke?

    Memandangkan Afif pun dah sedar kesalahan dia,
    Saya rasa biarlah dia dengan Atiqah sahaja.
    Kirany, Tiada Yang Lain ni heroinnya Atiqah dan heronya Afif la.
    Moga Atiqah terbuka hati untuk menerima Afif sebagai suami dan pemilik cintanya. Walaupun Afif bukan cinta pertamanya.

    Untuk Zharif pula, saya rasa he deserve someone better than Atiqah.
    Zharif pun dah macam merelakan Atiqah dan Afif bersama kan? Biarlah dia mendapat cinta yang benar-benar membuatkan dia bahagia. Selepas mengalami kekecewaan. Apapun harapnya hubungan Zharif dan Akif tidak terjejas. Dan hubungan Zharif dan Atiqah juga makin membaik. Sudah tidak diselaputi oleh perasaan saling mencintai lagi. Yang ada cuma kasih sebagai saudara.

    Ini pendapat saya la. Apapun saya akan ikuti TYL. Cikgu Sofi lebih tahu yang terbaik. :')

    BalasPadam
  2. Nadzipah, terima kasih kerana menyokong TYL. siapapun heronya, zharif atau afif... tunggu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…