apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.11.11

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah

Assalamualaikum..... 

Akan datanglah tahun yang baru dan akan ditinggalkan kenangan tahun semasa ini. Sudahkah tercapai segala azam dan kemahuan? Apakah keinginan dan hajat sudah disempurnakan?

Segala puji bagi ALLAH SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan. 

Selawat dan Salam ke atas Nabi kita, Nabi Muhammad SAW, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW.

Tahun baru, azam pun baru. Bagi aku, aku hanya ingin menjadi umat dan hambaNYA yang taat hanya kepada DIA, ALLAH SWT yang satu dan taat kepada Rasulullah SAW. Ingin memperbaiki diri, menampung segala kekurangan agar dapat menambah ketakwaan, keimanan. 

Semoga ALLAH melimpahkan barakah kepada semua umat Islam. Semoga kita semua tidak jauh daripada rahmatNYA. Semoga kita hidup, dan mati, hanya untuk DIA. Semoga semua kita terus berusaha seolah-olah kita akan berada di dunia ini selama-lama namun dalam masa sama, ibadah, diri, solat dan hati sentiasa mengingati mati seolah-olah esok, Malaikat Maut akan menjemput.

Sejarah Hari Maal Hijrah 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharram, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN 1432 HIJRAH

- Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Maksudnya:

Segala puji hanya bagi ALLAH, TUHAN yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMU tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan ENGKAU tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya ALLAH, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi ALLAH, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam

DOA AWAL TAHUN 1433 HIJRAH

- Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Maksudnya:

Segala puji hanya bagi ALLAH, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya ALLAH, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi ALLAH, TUHAN yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

=================================

4 ulasan:

  1. Terima kasih untuk kedua-dua doa ni....
    noor dah link kan pada mereka yg berminat untuk salin doa ini....

    noor

    BalasPadam
  2. salam,

    minta kebenaran copy paste doa ni yer....

    BalasPadam
  3. Anonymous, alhamdulillah.. sama2 berkongsi...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.