apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.11.11

Dia makan nasi bungkus saja...

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.


Bila anda membaca n3 aku kali ini, jangan pula ada yang menuduh aku orang PAS, okey! Aku bukan bercakap tentang politik di sini. Tapi aku bercakap tentang sikap seorang pemimpin yang aku hormati. Aku kagumi. 


Nik Aziz Nik Mat namanya. Pernah aku dengar cerita tentang dia satu ketika dulu bilamana seseorang menceritakan pengalaman ketika meminta tolong kepadanya. Kebetulan mereka bertemu di luar pejabat Menteri Besar. Kata si pencerita, soalan pertama Nik Aziz ialah, nak minta tolong peribadi atau urusan pejabat. Bila diberitahu tentang niat meminta tolong, mintak tanda tangan untuk urusan peribadi, terus lelaki yang digelar Tok Guru itu mengeluarkan pen, murah aje pen tu, dan tanda tangan. Rupa-rupanya, itu ialah pen untuk kegunaan peribadi. MasyaALLAH... memang mengkagumkan!!

Kini aku membaca lagi tentang ketinggian akhlak lelaki ini di sini hasil tulisan Mohd Rashidi Hassan. Cuba lihat...

"ANTA dah makan," tegur Tok Guru tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili. Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. 

Beliau mencarik-carikkan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Tok Guru tidak merungut. Nak tahu? Apa yang dimakan, itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta. Sama sekali tiada beza.

Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. 

Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Sungguh aku terharu! 
==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.