Langkau ke kandungan utama

Awak Suka Saya Tak? - Wow! Memang Best!!!


Assalamualaikum.....
selamat pagi.....

Awak suka saya tak? 

Sempoi saja bunyinya..... Nukilan Melur Jelita dan diterbitkan oleh Karyaseni ini merupakan satu novel hebat. Pergolakan jiwa dan perasaan yang diolah sebegitu..... sehingga aku mengenepikan blog luahanku ini juga tidak mempedulikan Aaron Aziz mahupun Adi Putra dalam Anugerah Skrin..... hanya untuk menghabiskan bacaan, semalam! 

Kata orang, kalau kita nak orang baca novel tulisan kita, sebagai penulis, kita perlu baca hasil buah tangan orang lain. Terima kasih kepada yang memberi pendapat itu kerana memang aku setuju sangat...

Membaca jambatan ilmu dan siapa kata baca novel ni hanya untuk berkhayal dan berangan? Silap tu... Kerana ASST banyak mengajar tentang hubungan insan sesama insan dan hubungan insan dengan Pencipta. Apa yang aku dapat simpulkan... 
Kalau hendak menulis, menulislah dengan berilmu. Kalau hendak menulis, menulislah dari hati. Kalau hendak menulis, tonjolkanlah potensi diri dan bukan sekadar menulis ikut-ikutan...
ASST ditulis oleh seorang yang memang berbakat. TAHNIAH! One of many novels yang patut ada dalam simpanan.  Mungkin ada yang tanya, berapa bintang nak bagi? 9 daripada 10? Ya! 9 per sepuluh sebab bagi aku, tiada yang sempurna. 

Again, ASST.... terbaekk!

 ==============================================

Ulasan

  1. kebetulan, saya pun baru habis membaca ASST ni. Walaupun tebal, tak rasa stress nak menghabiskan sebab jalan ceritanya yang menarik. banyak ilmu yang diselitkan. terima kasih dan tahniah untuk penulisnya. =)

    BalasPadam
  2. sy pun dah abes bace ASST.. byk y boleh dpelajari dlm nvl tu... best sgttt!!
    ~sakura~

    BalasPadam
  3. mcm mana nak beli novel ASST ni secara online? boleh tunjukkan sy tak?

    BalasPadam
  4. @Hajar, betul tu, terima kasih kepada penulisnya...

    BalasPadam
  5. @Mama Qadida, penulisnya ialah melur jelita. buka laman blognya di sini link
    insyaallah, penulis akan bantu anda dan menunjukkan caranya. thanx

    BalasPadam
  6. dah abis baca asst, kelakar, sedih, penuh kasih sayang, rasa mcm hilman yong tu ada kt sebelah jer..hehe.hehe :))

    BalasPadam
  7. Anonymous, alhamdulillah... mmg kita sejiwa, asst mmg sedap dibaca...

    BalasPadam
  8. Salam Sofi jelita,

    terimakasih kerana mereview ASSt...tak terkata..tak tahu nak tulis apa..cuma ucapan alhamdulillah..segala pujian hanya untukNYA..

    Benar...tidak ada yang sempurna..hanya ALlah

    BalasPadam
  9. Melur Jelita, wslm MJ. terima kasih kerana sudi jenguk blog LUAHAN. seperti yang kak sofi dah tulis di atas, meskipun 9/10, ASST memang terbaekkk... sampai sekarang dok terbayang hilman. berapa kali baca? ntah... tapi yg pasti, tiap kali nak tdo, mesti buka kejap... smg next novel akan lebih hebat lagi!

    BalasPadam
  10. sebagai salah sorang pembaca ASSt mmg terharu jugak hahahhaha

    BalasPadam
  11. sangat terharu bila membaca novel asst...banyak pengajaran yang dapat diperolehi

    BalasPadam
  12. memang the best, kak sofi. melur jelita begitu pandai mengolah ayat sehingga terasa bukan seperti membaca novel tapi menonton drama/movie. tapi rasanya kalau nak buat adaptasi, i don't think it can as perfect as the novel.

    BalasPadam
  13. ainulrida, jgnlah buat filem lak, nnt kena import dennis oh hehe

    BalasPadam
  14. Novel yg sgt bagus.... Kalaulah di alam realiti kita dpt mendidik kaum mukmin kita spt Hilman Yong, bahagia dunia dan akhirat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…