apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.11.11

Apakah bagus langkah yang diambil PTPTN?


Assalamualaikum..... 

Baru-baru ini heboh akhbar melaporkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah PTPTN bercadang menghentikan pinjaman perbelanjaan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Ramai yang menentang Keputusan itu termasuk Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang yakin, jika dilaksanakan, ia akan menyulitkan kehidupan pelajar miskin.

Sehingga kini, sebanyak 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.60 bilion. Banyak, kan? Tapi, banyak mana yang dah bayar balik? Sehingga 31 September lalu sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam berbanding pembayaran balik yang sepatutnya iaitu RM6.2 bilion.

Tengoklah! Orang yang meminjam....memanglah, ada yang dah lupa nak bayar balik, ada yang sengaja tak nak bayar semula, ada yang dah mati, kot? Tapi, aku rasa, kesalahan lebih patut dituding kepada PTPTN sendiri yang tidak mempunyai kaedah mengutip semula hutang dengan cara paling baik. Pengurusan bayaran balik itu sendiri perlu telus dan cekap, bukan? Dan, kepada yang meminjam, janganlah buat-buat lupa seyhhh.... 

Lalu, PTPTN mencari alternatif lain.... (Biasalah! masalah tak diselesaikan, cari formula lain, buat kaedah baru, tambah masalah baru bla... bla....bla).   

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merancang penubuhan dana baharu hasil sumbangan sektor korporat dan individu untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang kurang berkemampuan.

Penubuhan dana itu adalah sebahagian daripada cadangan PTPTN untuk mengehadkan pembiayaan mereka kepada hanya menampung yuran pengajian dan bukan lagi turut melibatkan kos sara hidup pelajar mulai 2013.
Cadangan penubuhan dana itu bersama pelan pembiayaan terhad sedang diperhalusi dan bakal dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan seterusnya dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi. Untuk menggalakkan sumbangan swasta, PTPTN akan mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi pelepasan cukai kepada sektor korporat atau individu yang membantu.
- Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.

Sektor korporat boleh menyalurkan sumbangan melalui tiga kaedah iaitu:

1. menyalurkan secara terus kepada pelajar, 
2. menyalurkan menerusi institusi pengajian tinggi awam dan swasta 
3. menyalurkan melalui PTPTN yang akan mengagihkannya kepada pelajar yang layak.

Katanya, jika cadangan itu tidak diterima oleh kerajaan, pihaknya hanya meneruskan dasar pinjaman yang sedia ada. PTPTN juga ingin melihat wujudnya budaya menabung dalam kalangan ibu bapa sejak awal bagi membiayai sendiri kos pengajian atau sekurang-kurangnya kos sara hidup anak-anak mereka di universiti.

================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.