apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.11.11

Apa you buat pada I ni?


Assalamualaikum..... 


Anda sedang bersama si dia. Anda sexy sikit hari tu. Dada anda nampak mengancam sangat. Si dia tak tahan. Tanpa sedar, kononnyalah, dia sentuh kat situ. Anda pun jerit!
Apa you buat pada I ni?
Apakah yang baru anda hadapi itu? Hmm, istilahnya ialah, sexual harrassment atau gangguan/ancaman seksual. 

Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan ancaman seksual? 
Kata-kata, perbuatan, mesej berbaur seks yang dihadapi oleh seseorang. 

Siapakah yang terdedah kepada ancaman seksual?
Tentu sahaja orang perempuan. Sebab sudah jadi tabii, orang lelaki menggoda perempuan, ya tak? Jadi, yang bakal tergoda itulah yang sering menjadi mangsa ancaman seksual tetapi bukanlah mustahil di akhir zaman ini, lelaki juga ada yang menjadi mangsa ancaman seksual, okey!

Hasil tinjauan Pusat Kesedaran Wanita (WCC) keatas 100 pelajar perempuan berusia antara 15 hingga 17 tahun baru-baru ini mendapati:

1. 23% daripada remaja wanita terbabit pernah berkongsi maklumat peribadi dengan orang tidak dikenali melalui Internet.

2. 30% remaja wanita terlibat mengaku pernah diminta bahan berunsur seks menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) daripada pihak tidak bertanggungjawab.

3. 54% pelajar terlibat berhubung dengan orang tidak dikenali melalui Internet 

4. 17.7% pernah keluar bersama kenalan yang hanya dikenali menerusi telefon bimbit.

5. 36% diganggu dengan unsur lucah di laman sosial

6. 80% mengakui menerima panggilan atau SMS daripada orang tidak dikenali,

Tidakkah angka-angka itu menakutkan anda? Bagi ibu bapa yang ada anak remaja perempuan, apakah yang sedang berlegar dalam kepala anda sekarang? 

Tentulah perkara ini iaitu:
Kebanyakan remaja perempuan itu terdedah kepada ancaman seks melalui panggilan telefon, SMS, MMS dan laman sosial.
Siapakah orang-orang yang melakukan 'sexual harrassment' ini? 
Daripada kajian, mereka ialah rakan lelaki dan lelaki yang tidak dikenali selain kekasih remaja wanita terbabit.

Akibat daripada ancaman seksual yang biasanya dipendam oleh gadis-gadis yang menjadi mangsa termasuklah tekanan perasaan dan masalah sakit jiwa. Ini boleh difahami kerana biasanya, sebaik anak gadis yang menjadi mangsa ini membuka mulut kepada ibu bapa, biasanya mereka akan, 

1. kena tampar/sepak/terajang/pukul
2. kena leter/maki/hamun
3. kena halau
Amat pathetic/menyedihkan kerana, golongan gadis yang menjadi mangsa ini biasanya naif dan terlalu percaya kepada lelaki. Kasihan mereka bila tiada simpati dihulur sebaliknya mereka semakin teraniaya. 

Kata pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud, 
"Remaja yang diancam dengan jenayah seks amat memerlukan sokongan moral dan bimbingan kaunseling. Mereka tidak harus berterusan merahsiakan apa yang berlaku kerana ia akan mengakibatkan tekanan lebih berat jika terus dipendam," 
Jadi, kepada anda, gadis yang menjadi mangsa ancaman seks yang terbaca artikel ini, kini anda sudah punya tempat untuk anda mengadu. Jangan lagi bersedih mahupun putus harapan. Anda pergilah berjumpa kaunselor di sebuah 
klinik yang terletak di Blok 10, Flat Desa Mentari PJS 2 yang telah ditubuhkan bertujuan untuk menguruskan kes-kes sosial. 

Mereka menanti anda!

rujukan:

==================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.