apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.11.11

Anda nak kahwin? Jom guna khidmat syarikat cari jodoh!

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.
.........................
Ni ada berita baik untuk orang-orang muda yang bz... sibuk! 

Kalau anda terlalu taksub dengan kerjaya dan dalam kepala tu asyik nampak ini aje....
satu hari nanti.. tahu-tahu, anda dah tua. Masa tu, baru tertanya-tanya pada diri...
Eh, aku buat semua ni untuk siapa?
Barulah tahu dan terhegeh-hegeh nak kahwin...hehe!

Tapi, no worries! Kerana ada banyak cara yang boleh dibuat untuk menemui teman istimewa yang boleh disunting sebagai cinta sejati. Kalau tak reti nak tackle sendiri, atau kalau sibuk sangat, tapi anda teringin hendak bercinta macam orang lain juga, maka ada satu syarikat janji temu pertama di Asia Tenggara, Lunch Actually, mengambil kesempatan menyediakan perkhidmatan janji temu makan tengah hari bagi golongan profesional yang 'gila' bekerja tetapi masih berhasrat mencari cinta.

Sebaik anda mendaftar, anda akan mendapati bahawa pekerja syarikat laman web janji temu itu sangat komited dalam menjalankan tugas mereka. Kakitangan Lunch Actually bagus dan bersemangat. Mereka benar-benar cuba melakukan yang terbaik untuk menjayakan janji temu yang berpotensi.


Lunch Actually yang beroperasi secara maya menjadi platform yang sesuai bagi golongan bujang berkerjaya yang terlalu sibuk untuk bertemu pasangan ideal melalui cara yang selamat, mudah dan selesa. Laman maya ini secara rasmi diperkenalkan di Malaysia pada September 2005 disahkan oleh Matchmaking Institute di New York. Syarikat itu kini bersedia untuk melaksanakan kaedah janji temu yang dipraktikkan secara meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia di negara ini.

Mengapa memilih makan tengah hari, bukan makan malam? 

Makan tengah hari lebih santai dan perbualan menjadi bebas tapi kalau masa makan malam, perasaan jadi lain sebab mungkin ada yang menganggap ia terlalu romantik atau terlalu terikat dengan hasrat asas mencari jodoh.

Hasil tinjauan dibuat Lunch Actually, wanita Malaysia masih inginkan teman lelaki yang lebih tinggi, berpelajaran dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding diri mereka. 70 peratus wanita Malaysia tidak akan menjalin hubungan dengan lelaki yang lebih rendah daripada mereka. ??? 

Menurut statistik itu juga, kaum lelaki di Malaysia kini berfikiran lebih terbuka. Lelaki akan mempertimbangkan menjalin hubungan dengan wanita yang lebih tinggi, berpelajaran dan memperoleh pendapatan yang lebih banyak daripada mereka.

Nampaknya, wanita Malaysia semakin fokus terhadap wang dan kuasa pendapatan teman lelaki mereka yang berpotensi. Dalam kata lain, wanita Malaysia lebih materialistik dan mata duitan!

rujuk: 


==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.