Langkau ke kandungan utama

Aku, wanita yang....


Assalamualaikum..... 

Aku wanita yang tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi aku tahu, wanita dan lelaki saling memerlukan.

Mengapa aku, seorang wanita, memerlukan lelaki di dalam hidup? Apa perlunya aku, mempertaruhkan sebahagian besar hidupku pada tangan seorang lelaki?

Kerana cinta? Tetapi, cinta tidak datang dipaksa-paksa, kan? Cinta tidak datang waktu kita mahukannya, betul? 

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Lelaki yang baik akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat? Allah lebih mengetahui.

Hadirnya seorang lelaki dalam hidup seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. 

Lelaki yang baik bukan sempurna, ingat tu! Jadi, wanita harus bersedia menerima hodohnya, buruknya, kekurangannya! Apabila pintu hati bersedia menerima seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus sama menanggung masalah, musibah, bencana yang mengiringinya dan sama-sama memikul!

Lelaki memang membahagiakan, tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun, jika kita bijak menangani, akan baik-baik sahaja. Adat dalam perhubungan, yang buruk-buruk pasti ada, barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita. Toleransi, dan tolak ansur, insyaallah, jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi wanita yang sedang galak bercinta dengan lelaki yang tidak disukai dan menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja dan berpisah. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Sudah sampai masanya anda menerima sahaja calon pilihan ibu bapa. Semoga lelaki yang dipilih mereka mampu melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Aku, wanita yang dicipta dengan kemuliaan syahadah....... 

Kerana benih seorang lelaki, aku tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga aku mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, aku ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, aku, wanita yang diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri Adamku, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah..... Hawa terbit daripada rusuk lelaki...., bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, 
tetapi 
dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, wanita adalah angin lembut yang bersisir sepanjang perjalanannya.

Tetapi, kerana fitrah kejadian Tuhan bahawa wanita perlukan lelaki yang boleh melindungi, maka wanita pun tidak selamanya mahu menjadi angin.... 

Wanita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Mahu terus bersama-sama, terbang ke mana-mana sahaja, menyelusuri luasnya langit sehingga tua, rapuh dan mati. Kita bahagia dalam dakapannya........ 

semoga mendapat jodoh yang baik. InsyaAllah…

================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…