Langkau ke kandungan utama

Aku tak minta dilahirkan!

Peminat-peminat Bila Kau Bisikkan Cinta pasti masih ingat pada heroinnya, Syarifah Sufiah, kan? Siapakah Sufiah? Dialah anak tak sah taraf... Yang lahir bila ibunya, Sharifah Shuhada dirogol oleh Ramlan aka Johari.

Anak tak sah taraf.... siapakah mereka?

Seksyen 2(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 [En. 17/2003] menakrifkan anak "tak sah taraf" ertinya seseorang anak yang dilahirkan dari hasil luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;

Anak tak sah taraf juga dipanggil sebagai “anak haram” atau “anak luar nikah”. Yang bermakna anak tersebut tidak dilahirkan di dalam perkahwinan yang sempurna tempohnya yang diiktiraf oleh fuqaha dan perundangan.

Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Para Fuqaha’ bersepakat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah). 

Oleh itu kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang sah daripada kedua ibu bapanya. 

Rasulullah S.A.W bersabda : Maksudnya : 
(Kesahtarafan) seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat tidur (kedua ibu bapanya yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan. 
(Riwayat Al-Bukhari) 

Berdasarkan peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) 
seksyen 2 mentafsirkan anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan 
bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah sepertimana berikut : 

”tak sah taraf’, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar 
nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah; 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) kali ke-64 pada 27 Julai 2004 menyatakan bahawa Anak tak sah taraf ialah: 

i. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan; 

ii. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh); 

iii. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah daripada waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut Hukum Syarak 

Jika dikaitkan dengan situasi tidak sah taraf, adalah memperkatakan keadaan anak tersebut. Tidak disentuh kepada ibu bapanya. Kerana kesalahan ibu bapalah menyebabkan anak tadi, menjadikanya tidak sah taraf. Namun kesannya ditanggung oleh si anak.

Anak tidak sah taraf tiada hubungan dengan suami ibunya. 
Nasab anak ini kepada ibu dan keturunannya. Ini bermakna si anak ini tiada bapa dan tidak layak menerima apa-apa daripada lelaki yang bergelar bapa. Sebaliknya terdapat pandangan fuqaha’ yang mengharus atau menghalalkan anak luar nikah jika perempuan, untuk berkahwin dengan lelaki yang membuatkan ibunya mengandung.
Keadaan ini berlaku, kerana Islam hanya mengambil kira setiap anak diakui sebagai ‘anak kandung’ dan ‘anak sah taraf’ yang lahir hanya di dalam perkahwinan di dalam tempoh yang sah.

Amalan Perundangan Semasa

Undang-undang syariah yang dijalankan sejajar dengan hukum syarak. Di mana anak tidak sah taraf diakui wujud dan diadakan peruntukan berkaitannya. Amalan ini tidak berlaku sebagaimana yang berlaku di mahkamah awam. 
Melalui seksyen 112 Akta keterangan 1950 dan Akta Sah Taraf 1961 boleh menghalalkan seseorang anak yang tidak sah taraf. Dengan ibunya berkahwin dan ia dilahirkan di dalam perkahwinan walaupun sehari selepas perkahwinan (atau setelah upacara perkahwinan tersebut).
Perkara di atas tidak dapat berlaku di Mahkamah Syariah, di mana Islam menetapkan tempoh kiraan-kiraan bagi melayakkan seseorang itu diiktiraf sebagai anak sah taraf ataupun sebaliknya. Ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tempoh Mengandung

Ulama’ sepakat tempoh hamil minimum ialah 6 bulan Qamariyyah. Rujukan dibuat terhadap ayat al-Qur’an al-Ahqaf, 46: 15, Luqman, 31:14. dan juga daripada kes di hadapan Saidina Uthman, di mana Ibn Abbas telah membela  sepasang lelaki dan perempuan yang melahirkan anak setelah 6 bulan berkahwin, di mana Saidina Uthman bersetuju dengan pandangan Ibn Abbas.

Kawan, aku tak arif tentang agama. Aku dapat kongsikan sedikit dengan anda setelah membaca artikel ini dan di sini. Anda pun bacalah juga kerana ia amat berguna dalam kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada perlakuan seks yang bebas dan meluas. 

Yang penting, janganlah kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Zina itu haram dan berdosa besar! Janganlah kita hampirinya pun! Jika tidak berzina, tidak adalah anak tak sah taraf, kan? Kecualilah kalau wanita itu dirogol! 

Ulasan

  1. Saya ade seorang anak angkat yang berstatus begini.
    Sudah berusia 8 Tahun...
    Risau bila pikirkan, bagaimana cara untuk menerangkan keadaan sebenar kepadanya bila sudah besar nanti. :(

    -NM-

    BalasPadam
  2. @Anonymous mmg sukar ttp kak sofi rasa, biarlah dia tahu siapa dia sebenar dpd mulut anda sendiri. jangan dia tahu drpd org lain, so cara terbaik rasanya, maklumkan dia sebaik anda rasa sesuai...

    BalasPadam
  3. saudara anonymous ada hanya ank angkat, tp sya ank kandung sya yg binkn nma ALLAH walaupun kmi brkhwin..xdapat nk nyatakan perasaan sya memikirkan msa depan ank sya itu..dia sekrg 2thn.Mcm2 sya fikr yg xpernah ada jwpan.sya harap sgt dpt kongsi msalah sya nih dgn sesorg tp sape lah yg dpt fahami sya.kmi ibubapa nya insaf dan taubat, tp syg nya nasi dh jd bubur...!!

    BalasPadam
  4. Anonymous, sejarah lepas itu adalah untuk dijadikan pengajaran. pengalaman merupakan ilmu terbaik. menyesallah dan bertaubat nasuha. dalam doa, minta pada ALLAH agar menjadikan anda, suami dan anak yg tidak berdosa itu hambaNYA yang taat hanya pada DIA dan rasulNYA, Muhammad SAW. Sampai masa, anda perlu beritahu kepadanya hal sebenar. InsyaALLAH, kerana ALLAH menyayangi hambaNYA, semua akan dipermudahkan nanti! Think positive, ya!

    BalasPadam
  5. assalam,boleh tak saya nak ambil point2,hadis2 dan enakmen undang2 dalam ni untuk assignment saya?... mohon jasa baik cik =)

    BalasPadam
  6. saya salah seorang anak yang dilahirkn begitu

    BalasPadam
  7. Saya ada anak yg dilahirkan luar nikah.
    Soalan sy boleh ke nk buka akaun bank die?
    Masa die kanak kanak ni.
    Boleh ke die bsekola
    Boleh ke die masuk u
    Tp die takde keluarga angkat
    Keluar hospital sy yg jaga die

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…