Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Dia makan nasi bungkus saja...

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.


Bila anda membaca n3 aku kali ini, jangan pula ada yang menuduh aku orang PAS, okey! Aku bukan bercakap tentang politik di sini. Tapi aku bercakap tentang sikap seorang pemimpin yang aku hormati. Aku kagumi. 

Nik Aziz Nik Mat namanya. Pernah aku dengar cerita tentang dia satu ketika dulu bilamana seseorang menceritakan pengalaman ketika meminta tolong kepadanya. Kebetulan mereka bertemu di luar pejabat Menteri Besar. Kata si pencerita, soalan pertama Nik Aziz ialah, nak minta tolong peribadi atau urusan pejabat. Bila diberitahu tentang niat meminta tolong, mintak tanda tangan untuk urusan peribadi, terus lelaki yang digelar Tok Guru itu mengeluarkan pen, murah aje pen tu, dan tanda tangan. Rupa-rupanya, itu ialah pen untuk kegunaan peribadi. MasyaALLAH... memang mengkagumkan!!
Kini aku membaca lagi tentang ketinggian akhlak lelaki ini di sini hasil t…

Nak simpan duit di mana ya?

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.
Kisah seorang lelaki yang baik hati kerana mendermakan baju (suit) kepada badan amal bernama Goodwill, berubah menjadi tragedi kepada dirinya apabila dia baru teringat bahawa dalam banyak-banyak suit yang didermakan itu, terdapat satu suit yang telah disorokkan duit simpanannya. Duit yang telah disimpan seumur hidupnya yang berjumlah USD 13, 000. Biasalah bagi seorang lelaki yang berumur lebih 80 tahun, kan. Mereka ni tak mahu ke bank. Payah! Lambat! Tu yang duit sebanyak USD13,000 dimasukkan dalam suit kemudian dijahit dengan kemas. Manalah teringat kut masa dia ber'sedekah' tu, kan?
Lebih malang, isteri lelaki ini sakit. Kanser di stage 4 dah. Tentu memerlukan duit dari 'situ' untuk rawatan.  
Kata lelaki tu dalam rayuannya, dia akan beri USD1000 kepada yang dah terbeli suit tersebut. 
Kasihan, kan? Agaknya orang yang dah dapat suit …

Tiga beradik diserang sakit jantung serentak, dua mati...

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK. ..........................
Kadang-kadang, kedengarannya aneh tapi, kerana kita tahu bahawa dalam hidup ini tidak ada benda/peristiwa yang mustahil, maka kita pasti ternganga mulut sambil bertanya... Betulkah?

Di ROME, awal pagi tadi, 30 Nov, 2011, seramai tiga orang adik beradik mengalami serangan sakit jantung serentak. Serangan sakit jantung itu membunuh dua daripada mereka sementara yang seorang lagi sempat diselamatkan. Lapor akhbar harian Corriere della Sera, hari ini.
Guido dan Alberto Garofalo sedang menyertai piknik keluarga Ahad lalu di kawasan hutan di Gunung Berapi Etna, Sicily apabila Guido, 45, diserang sakit jantung lalu meninggal di tempat kejadian.
Abangnya, Alberto, 54, berlari ke arah adik lelakinya itu dan turut menerima serangan jantung kerana terlampau sedih dengan kematian adiknya lalu meninggal dunia di tempat yang sama.
Adik lela…

Menarik sepanjang minggu

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.


Kita ialah lakaran hati dan kehidupan. dimanifestasikan melalui gambar dan lukisan. Di bawah, anda dapat melihat apa yang menarik sepanjang minggu ini.... 

Nampak tak hamster tu? Macam tak takut dengan si kucing, kan? Comel sangat! 
tengoklah, betapa berani si penunjuk perasaan anti kerajaan Mesir.  Siap tong gas atas kepala lagi!
keadaan sesak masa Black Friday - Kohl's Midnight Sale
Philidelphia Marathon - 2 pelari mati di garisan penamat.  Ironi bukan?
Kabus waktu subuh yang menyembunyikan Westminster Bridge  dan Big Ben di atas Sg Thames, London
nak tengok lagi? masuk saja laman ini. thanx
====================================

Melur Jasmine 13

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.



Jasmine tidak dapat tidur. Sepasang mata tidak mahu lelap. Sepicingpun dia tidak boleh lena. Banyak sungguh perkara yang mengganggu dirinya. 
“Kau ada masa 6 hari, Jasmine. Kalau kau tak jelaskan pada aku, aku akan batalkan pernikahan kita. Jangan ingat aku tak akan buat!” 
Ah, Zahim! Kenapa mengugut begitu? Untuk apa kau tahu? Dulu, kau kata, kita kahwin untuk menyenangkan hati emak bapak masing-masing. Jadi, kenapa hendak diselidiki kisah silam itu? 
Lelaki memang pelik. Yang seorang begini, yang seorang lagi, begitu. Yang satu mengaku cinta. Kata pujuk penuh madah tapi semuanya lenyap dalam tempoh seminggu. Tanpa alasan, dia pergi. Tanpa penjelasan, dia pilih yang lain. Jasmine yang ditinggalkan bingung mencari sebab. Bingung memikirkan di mana kekurangan dirinya. Tapi, sudah hampir 10 tahun, tetap dia tidak temuinya. 
Yang sorang ni pula, lagilah!…

Ketika hati seorang muslimah terluka..

Assalamualaikum.....


Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.
Bagi yang sedang berduka... atau sedang menderita.... atau sedang melara....

Ketika hati seorang Muslimah terluka..  Dia akan menghapus air matanya dengan iman 
Ketika hati seorang Muslimah terluka..  Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmu 
Ketika hati seorang Muslimah terluka..  Dia meneruskan harinya dengan semangat perubahan lebih baik pada diri 
Ketika hati seorang Muslimah terluka..  Dalam redha dia memohon keampunan dari Penciptanya
Berusahalah menjadi seorang muslimah seperti itu (amin ya rabbal alamin)
terima kasih ya Amirul Amin
==========================================================

Hendak menambat hati lelaki?

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.

Hendak menambat hati lelaki? 
Katalah anda seorang wanita muda yang meminati seorang lelaki hensem yang merupakan The Most Eligible Bachelor in The World (hehe) bukanlah... maksudnya lelaki itu didambakan oleh ramai wanita. Tapi anda hanya gadis yang biasa-biasa saja sedangkan di sekeliling si dia ada ramai gadis-gadis cantik. Dari segi rupa paras, anda tewas tapi haruskah itu menjadi alasan untuk anda mengundurkan diri tanpa bersaing? 
Rugi tau kalau anda mengalah. Manalah tahu kut-kut jodoh anda dengan dia? Memang, memang kebanyakan lelaki mudah tertarik dengan kecantikan seorang perempuan terlebih dahulu tetapi biasanya, itu bukan syarat dalam memilih bakal isteri. Sering, lelaki mahukan ciri-ciri berikut dalam diri seorang wanita yang didampingi....
1. Beri perhatian penuh
Golongan lelaki sukakan wanita yang sering memberi perhatian penuh kepadanya…

Sebak hati bila memahami...

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.

Sekali lagi, facebook menjadi tempat di mana aku mencungkil bakat-bakat sahabat fbku menulis dan mencoretkan sesuatu. Kali ini, aku selitkan apa yang dipostkan oleh Ranting Pena. Sebak rasa hati bila memahami...

Ya Allah, jika aku jatuh,  berikanlah kekuatan untukku  untuk kembali berdiri  supaya aku dapat melunaskan segala kewajipanku kepadaMU.
Ya Rabb ku,,, Andai aku kecewa,  Kau nyamankanlah hatiku  dengan selembutnya kalam-kalammu  yang dapat menyentuh hatiku
Ya Allah..

Anda nak kahwin? Jom guna khidmat syarikat cari jodoh!

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.
.........................
Ni ada berita baik untuk orang-orang muda yang bz... sibuk! 
Kalau anda terlalu taksub dengan kerjaya dan dalam kepala tu asyik nampak ini aje.... satu hari nanti.. tahu-tahu, anda dah tua. Masa tu, baru tertanya-tanya pada diri... Eh, aku buat semua ni untuk siapa?Barulah tahu dan terhegeh-hegeh nak kahwin...hehe!
Tapi, no worries! Kerana ada banyak cara yang boleh dibuat untuk menemui teman istimewa yang boleh disunting sebagai cinta sejati. Kalau tak reti nak tackle sendiri, atau kalau sibuk sangat, tapi anda teringin hendak bercinta macam orang lain juga, maka ada satu syarikat janji temu pertama di Asia Tenggara, Lunch Actually, mengambil kesempatan menyediakan perkhidmatan janji temu makan tengah hari bagi golongan profesional yang 'gila' bekerja tetapi masih berhasrat mencari cinta.
Sebaik anda mendaftar, anda aka…

Malam....kau bawalah rinduku.. aww!

Assalamualaikum..... Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.



Cuba teka, ini lirik untuk lagu apa? 



Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku Hanya ingat Kamu kala duka ku Namun hanya Kamu yang mampu membuka Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku Untuk dirinya yang jauh dari ku Agar dia tidak kesepian Selalu rasa ada cinta agung


Ewah, ramai yang senyum dah.. Tahu saja, ya? Betul! Ini ialah OST Ombak Rindu. Ombak Rindu ialah filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin (hero dan heroin) bersama-sama Lisa Surihani dan Bront.. Semua orang tahu filem ni adaptasi novel tajuk serupa, Ombak Rindu. 

solat dan ketenangan

Assalamualaikum.....


Sebelum anda teruskan bacaan, harap anda sudi undi dalam memilih Zharif atau Afif di 'poll' sebelah, okey! TK.
Firman ALLAH: Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir kecuali orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya. - surah Al-Makrij:19-23. 
Melalui sembahyang, ia mencegah perbuatan mungkar seperti firmanNYA yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar... - Surah Al-Ankabut: 45.
solat... 
ada orang tanya aku, khusyuk tak aku masa solat? 
Makkk, tak tahu nak jawab soalan tu. Jadi, untuk selamat, aku jawab...hanya DIA yang tahu. Tapi, risaunya memikirkan... tertanya-tanya, apakah aku seorang yang suka berkeluh-kesah? sebab, solat mampu menghilangkan keluh kesah dan kerunsingan. solat menjadikan hati kita tenang.