apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.10.11

Yang halal, Yang haram, Yang boleh, Yang tak boleh....

Assalamualaikum..... 

Anda berniaga di internet? Anda cari duit di internet? Nak kaya melalui internet? Hmm, teruskan membaca. 

Baik nak berniaga, atau nak kaya, atau sekadar nak cari duit tambah, pastikan apa yang anda buat itu HALAL. Pesanan ikhlas bukan untuk anda saja malah untuk diri aku juga!

Siapa tak mahu kaya? Siapa tak mahu duit? Cuba cakap! Semua orang hendak, kan? Jadi, berhati-hatilah memilih sumber kekayaan itu. Berhati-hatilah memilih punca rezeki itu. Jangan sampai anda lupa bahawa MATLAMAT TTIDAK MENGHALALKAN CARA. 

Ada tiga cara untuk mencari duit di Internet;

1. Perniagaan Internet, 
2. Program Internet 
3. Pelaburan Internet.

1. Perniagaan Internet

- Masih perniagaan konvensional, iaitu proses jual beli barang atau mengambil upah di mana transaksi berlaku secara maya. 

- Barang yang dijual adalah produk digital, fizikal atau dalam bentuk perkhidmatan. 

i. Contoh produk digital:
- e-book (buku elektronik), web hosting, gambar grafik, audio kuliah, video ceramah.

ii. Contoh produk fizikal:
- cakera padat (CD) media, produk kesihatan, buku. 

iii. Bentuk perkhidmatan:
- mengambil upah membina laman web, meletak iklan, mereka bentuk grafik, menaip atau menterjemah sesuatu tulisan.

Semua contoh tersebut adalah halal dan sah transaksinya jika memenuhi syarat yang ditetapkan syarak dalam setiap akad urusniaga itu.

a) Menggunakan kontrak jual beli (al-Bay) atau upah (ujrah). Kontrak ini diharuskan dalam muamalat Islam.

b) Kontrak mesti memenuhi semua rukun dan syarat-syaratnya. 
- Sebagai contoh, dalam kontrak jual beli mesti ada rukun-rukunnya, iaitu penjual, pembeli, barang, bayaran dan akad. 

c) Setiap rukun tersebut mempunyai syarat sahnya.
- Contohnya, penjual mesti memiliki atau boleh mewujudkan barangan tersebut dan boleh menyerahkannya kepada pembeli. 

d) Antara syarat sah barang jualan mestilah sesuatu yang halal dan bukan mempunyai unsur lucah atau perjudian.

Pastikan penjual memberi maklumat berkaitan barang dengan lengkap seperti bentuk, kualiti dan kuantitinya.

Akad yang dilakukan di Internet memadai dengan menggunakan butang persetujuan seperti butang submit dalam borang pesanan. Jika semua syarat ini dipenuhi, sahlah urusniaga jual beli dalam Internet.

2. Program Internet 
- suatu sistem automatik maya anjuran pihak tertentu bagi memberi pulangan wang kepada pihak lain.

- Program ini ada yang halal dan ada yang haram 

- Program internet terbahagi kepada beberapa jenis: contoh....

i.   Program affiliate
ii.  Program pengiklanan 
iii. Program piramid.

i. Program affiliate 
- Pemilik laman web perniagaan (contoh: Clickbank) melantik agen promosi alamat laman web perniagaan tersebut. Jika andalah yang menjadi affiliatenya, maka anda akan diberikan alamat url affiliate ID tersendiri (anda) dan anda bertanggung jawab mempromosikan. Jika ada pembeli yang klik url tu, dan dia pulak beli barang yang ditawarkan, maka anda dapat komisen. 

Program ini pada asasnya halal kerana menggunakan akad ujrah (upah). Namun, ia bergantung kepada kandungan dan produk laman web yang disertai sama ada halal atau haram. So bila anda pilih laman web, pilihlah yang halal, okey!

ii. Program pengiklanan 
- Pihak penganjur akan memberi upah kepada peserta yang menyediakan ruang di laman web mereka untuk iklan daripada penganjur. Penganjur menjadi orang tengah yang menyalurkan iklan pembeli iklan ke dalam laman web peserta. Oleh itu, peserta akan dibayar, sama ada mengikut bilangan klik atau bilangan paparan oleh pelawat laman webnya.

- Contoh program ini yang popular
a) Google Adsense
b) Nuffnang 
c) Text-Links-Ads.

So, kalau anda ada paparan Nuffnang di blog anda, cuba check kat blog Nuffnang. Apakah anda sudah reject iklan rokok, lucah dan alkohol. Kalau belum, cepat-cepat pangkas. Anda mahukan yang halal, bukan? Buktikanlah!

3. Pelaburan Internet
- Yang ni, aku tak berapa tahu. Yang pasti, banyak yang sudah tertipu. Kadang-kadang, kalau otak tak berfikir secara logik, memang mudah benar tertipu dengan iklan yang diketengahkan. 

- Contoh:
Log in...RMsekian... dan anda akan menikmati kehidupan mewah sepanjang hayat....
Iyalah tu!!

Tapi apapun, terserah anda....

=======================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.