Langkau ke kandungan utama

Tebus talak - trend baru perceraian?


Assalamualaikum..... 


Carian panas sekarang ini ialah frasa tebus talak / khulu'. Ia menjadi popular sejak peserta akademi fantasia tu diceraikan dengan cara sebegini setelah membayar tebus talak sebanyak RM1 ribu, yang tidakpun diambil oleh bekas suaminya. Kemudian ia semakin heboh bila seorang wanita Johor bercerita dalam sebuah akhbar bahawa bakal suami (kekasihnya) telah sanggup bayar RM20 ribu kepada bekas suami untuk melepaskannya. 

Kita tahu bahawa perkara halal yang tidak ALLAH sukai, ialah talak. Ini pulak tebus talak? Khulu'?

Apakah khulu'?

Suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya itu. Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, Mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu; dan menjadi bain sughra.

Untuk lebih memahami, aku google lagi dan jumpa yang ini pula!

Tebus talak atau khulu' pada bahasa ialah cabut dan buang. Pada `uruf bermakna menghilangkan hubungan perkahwinan. Mengikut Sayid Sabiq dalam kitabnya Fikih Sunnah, khulu' yang dibenarkan hukum Islam berasal dari perkataan khala'a ats-tsauba, ertinya 'menanggalkan pakaian'. Ini adalah kerana perempuan sebagai pakaian lelaki dan lelaki sebagai pakaian perempuan.

Firman Allah s.w.t. : 
Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamupun pakaian bagi mereka 
- (Al-Baqarah, ayat 187)

Khulu' juga dinamakan tebusan kerana isteri menebus dirinya dari suaminya dengan mengembalikan apa yang pernah diterimanya atau mahar kepada isterinya.

Definisi khulu' yang dipetik dari kitab Fiqh & Perundangan Islam oleh Wahbah al-Zuhaili :-

Mazhab Syafie : perceraian antara suami isteri dengan bayaran atau tebusan dengan menggunakan lafaz talak ataupun lafaz khulu'.

Mazhab Maliki : talak dengan gantian atau tebusan, sama ada tebusan itu daripada isteri atau orang lain, ataupun talak dengan menggunakan lafaz khulu' walaupun tanpa tebusan apa-apa.

Mazhab Hanafi : menghilangkan milik nikah yang memerlukan penerimaan isteri dengan lafaz khulu' atau yang seerti dengannya

Ulama Hanbali : perceraian antara suami dan isterinya dengan tebusan atau balasan yang di ambil daripada isteri atau orang lain dengan menggunakan lafaz-lafaz yang tertentu.

Dalil khulu' daripada hadith Ibn 'Abbas :
Sesungguhnya isteri Thabit bin Qais datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata; 
Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya saya tidak mengaibkan akhlak dan agama (suami saya Qais), tetapi saya tidak menyukainya dan tidak mahu hidup bersamanya menyebabkan saya melakukan maksiat (atau kerana kebencian yang bersangatan akan mendorongnya menzahirkan kekufuran supaya terfasakh perkahwinan), 
Maka Rasulullah SAW bersabda, 
Mahukah kamu kembalikan kepadanya kebun (yang dijadikan maharmu) 
Isteri Qais menjawab: `Ya'. 

Kemudian baginda Rasulullah SAW bersabda (kepada suaminya), 
Terimalah kembali kebun itu, dan cerailah dia satu talak
Berdasarkan dalil khulu' di atas, kita dapat melihat keindahan Islam yang memudahkan segala urusan hamba-hambaNya. 


Talak dikenali sebagai hak lelaki, manakala khulu' dikatakan sebagai hak isteri. 

Perbezaan antara fasakh dan khulu'

Fasakh: Pihak-pihak, sama ada lelaki atau perempuan perlu membuktikan keburukan/kesalahan dan lain-lain perkara yang boleh disabitkan fasakh sebagaimana yang tercatat di dalam Enakmen. 

Khulu', jika kita rujuk hadis di atas, wanita tersebut tidak menyatakan kesalahan atau aib suami, beliau hanya menyatakan bahawa beliau tidak menyukainya dan tidak mahu hidup bersamanya, dan jika perkahwinan diteruskan mungkin akan menyebabkan beliau hidup dalam keadaan maksiat dan dosa. Dan Rasulullah s.a.w. membenarkan khulu' atas alasan wanita tersebut dan memerintahkan suami beliau menerima mahar yang dikembalikan dan seterusnya menjatuhkan talak.

Kesan Perceraian Tebus Talak

i. Suami tidak boleh rujuk pada isterinya semasa eddah kerana khulu’ adalah jenis ta’liq bain;

ii. Boleh hidup bersama dengan mengadakan akad semula serta membayar mas kahwin lain;

iii. Bekas isteri mempunyai hak penuh untuk membuat keputusan semada untuk bernikah semula atua tidak.

Wakil Himpunan Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya, berkata,  menyalahgunakan kaedah tebus talak seolah-olah untuk ‘membeli’ isteri orang lain ialah perbuatan yang tidak digalakkan oleh Islam dan boleh mengundang kemurkaan Allah. Perkara ini jelas berdasarkan satu hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
“Jangan kamu masuk meminang pinangan saudara kamu apatah lagi mengambil isteri saudara (seagama) kamu.”
Hadis ini jelas memberi peringatan kepada orang yang nak beli isteri orang lain. Ia menunjukkan Islam tidak menggalakkan amalan mengahwini isteri orang lain terutama apabila perceraian itu dibuat secara tebus talak.

Menurutnya, apabila ada pihak yang mempermainkan hukum kahwin cerai sedangkan nilai akad adalah terlalu tinggi dan melengkapi hidup seseorang Muslim, maka bersedialah untuk menerima hukum Allah kelak.
"Berhati-hati bagi orang begini yang mempermainkan hukum Allah, dia mungkin tidak menerima azab di sini tetapi di akhirat kelak nasibnya belum tentu lagi. Sebab itu, institusi agama khususnya jabatan kadi perlu menilai kembali kursus perkahwinan. Modulnya perlu ditambahbaik dan beri perhatian terhadap isu yang cenderung berlaku perceraian."
Pada masa sama, Fatul Bari berkata seseorang suami yang membiarkan kecurangan isterinya hingga menyebabkan si isteri bertindak memohon perceraian secara khuluk atau tebus talak boleh dianggap suami dayus. Menurutnya, Islam agama suci tidak pernah menggalakkan suami dayus hingga sanggup menyimpan isteri yang tidak lagi mempunyai perasaan kepadanya.

Beliau berkata, walaupun perceraian secara tebus talak halal di sisi agama, ia juga boleh dielakkan jika suami bijak melaksana tanggungjawab selaku pemegang hak mutlak menjatuhkan talak.
"Apabila sampai peringkat bercerai tebus talak ini, kita tahu yang masalah itu ialah isteri dan isteri ada dua sebab sama ada curang atau tak mampu lagi hidup dengan suami. Suami pula tak boleh dayus! Dia boleh mendapat laknat Allah lebih-lebih lagi apabila dia tahu isterinya curang tetapi membiarkan dan enggan menceraikan. Sedangkan, sepatutnya, suami sendiri menceraikan isteri itu (secara talak biasa), tak perlu isteri yang meminta."
Ini prosesnya mengikut hukum syarak! 

Bagi suami yang hanya mengesyaki  bahawa isteri mencuranginya, suami itu hendaklah menasihati isteri terlebih dulu. Jika masih degil, hendaklah berpisah tempat tidur. Degil lagi? Suami dibolehkan memukul isteri (dengan tidak mendatangkan kecederaan). Kalau isteri masih ingkar, barulah diceraikannya! 

begitulah, panduan sudah cukup cantik. namun nafsu lebih mudah menguasai fikiran. bukankah begitu?

sumber:



==========================================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…