apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.10.11

Strok - cepat tengok tanda dan gejalanya!

Assalamualaikum.....

Blog ku ini ialah blog  milik seorang wanita jadi tidak hairanlah segala perkongsian dikhaskan untuk wanita. Malah,  dari hati ke hati wanita, bicaraku panjang. Usikan terhadap kaum adam kerana geram sesekali, tidak tertahankan......

Serius ku sentuh soal kegemukan pula. Wahai wanita.... seruku, elakkan diri menjadi begini....
Foto
Kalau boleh maintain kan begini pula....

Maksud aku, kuruskan diri...bukan pakai sexy2, ya!

Mengapa perlu kurus?
Ada banyak sebab tapi nak fokus kepada satu saja sekarang iaitu UNTUK MENGELAK STROK!

Menurut kajian....

Di Malaysia sekarang, 
Strok bukan saja menjadi punca kematian keempat utama di hospital kerajaan, malah lebih ramai wanita diserang penyakit ini berbanding lelaki. Bahkan kematian akibat strok adalah dua kali lebih tinggi berbanding kanser payudara.
- Pakar Neurologi Hospital Assunta, Datuk Dr Raihanah Abdul Khalid.

Apakah strok?
Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan di mana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu
fungsi otak akan hilang.
Nisbah mudah strok: 
Satu daripada lima wanita selepas menopaus diserang strok berbanding satu dalam enam bagi lelaki. 

Kenapa strok atau serangan otak lebih tinggi pada wanita sedangkan faktor risikonya sama saja dengan lelaki? 

1. kehilangan perlindungan hormon estrogen (yang sangat rendah parasnya selepas putus haid) menyebabkan risiko wanita mendapat sakit jantung dan strok meningkat mendadak setanding lelaki.

2. faktor jangka hayat kerana wanita hidup lebih lama berbanding lelaki. Ini kerana risiko strok melonjak dengan peningkatan umur.

3. migrain yang kerap dihadapi wanita dikatakan meningkatkan risiko dua kali ganda untuk mendapat strok. 

4. tekanan darah tinggi ketika hamil didapati meningkatkan risiko strok sebanyak 60 peratus dan bagi sesetengah wanita,

5. pengambilan pil pencegah kehamilan juga boleh meningkatkan peluang mendapat penyakit ini 

6. wanita yang merokok 

7. terapi penggantian hormon juga boleh meningkatkan risiko strok bagi sesetengah wanita. 
“Strok adalah penyakit golongan tua berumur 60 tahun ke atas. Pada pesakit muda, biasanya pesakit memang ada penyakit berkaitan darah, pembentukan otak tidak normal kongenital (dilahirkan dengan keadaan begitu) atau penyalahgunaan dadah khususnya dadah pesta,” 
- Dr Moira Karpal, penyelidik dari Universiti Toronto, Kanada

Serangan strok sangat menakutkan kerana jika tidak membawa maut, ia akan menyebabkan pesakit menjadi orang kurang upaya - sama ada lumpuh separuh badan atau sepenuhnya, mungkin hilang kemahiran bertutur atau bahasa atau kebolehan menggerakkan anggota. Semua bergantung kepada bahagian otak yang mengalami serangan.

Jenis-jenis Strok:

1. Iskemia (apabila aliran darah tersekat akibat kehadiran darah beku - 87%)
2. Berdarah (berlaku apabila salur darah yang lemah pecah)
3. Iskemia transien (TIA) yang juga dipanggil strok kecil. TIA ialah kehadiran darah beku sementara. 

Siapa Yang Berisiko?
- secara am! yang di atas tadi khas untuk wanita, ya!

1. Pesakit jantung
- Mereka yang berisiko tinggi mendapat serangan jantung, juga berisiko tinggi untuk diserang strok. 
- Kerana, kedua-dua penyakit ini mempunyai kaitan rapat dengan gaya hidup. 

2. Obesiti, 

3. Tekanan darah tinggi, 

4. Masalah kolesterol tinggi, 

5. Kurang bersenam 

6. Merokok
- rokok meningkatkan risiko strok sebanyak dua kali ganda.

7. Darah tinggi

Faktor risiko yang penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar yang tidak boleh dikawal adalah: 

1. Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi. 

2. Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang 
menghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack) 


Tanda amaran strok datang sekejap-sekejap dalam masa beberapa minit atau jam. Ia datang, hilang dan datang kembali menyebabkan ramai pesakit menganggap ia sebagai masalah biasa kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. 

Perhatikan....jika emak, kakak, mak cik, opah... anda mengalami atau mengadu tentang:

1. Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
2. Badan terasa lemah
3. Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata
4. Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
5. Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba6
6. Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
7. Susah hendak menelan
8. Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing

Ada ujian mudah yang boleh dilakukan jika anda mengesyaki seserang itu terkena strok! iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T. 

F - Face (muka). 
- Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?
A - Arm (lengan). 
- Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?
S - Speech (cakap). 
- Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.
T - Telefon. 
- Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.

Apa perlu anda buat bila mendepani orang yang diserang strok?

Segera bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya. Masa amat kritikal. Lebih cepat pesakit dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sepatutnya, peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana hospital menyediakan terapi akut untuk pesakit. 


Cegah strok dengan...

1. Ketahui faktor risiko anda sendiri: sama ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

2. Menjadi individu yang lebih aktif dan kerap bersenam
- Bersenam 30 minit sehari atau dua setengah jam seminggu kerana senaman boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 64 peratus. Senaman sederhana cergas (selepas 30 minit anda masih boleh bercakap tetapi tidak mampu menyanyi). Senaman ringan seperti berjalan pada kelajuan sederhana juga sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal penyakit yang dihidapi.
3. Elakkan masalah obesiti dengan mengamalkan pemakanan sihat

4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol

5. Elakkan asap rokok. Jika anda merokok, dapatkan bantuan untuk berhenti sekarang.

6. Belajar mengenali tanda amaran strok dan tindakan yang boleh dilakukan.

7. Jaga pemakanan 
- kurangkan makanan berlemak dan pengambilan garam, hadkan pengambilan daging merah (hanya satu hidangan sebesar kotak mancis sehari), lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya enam hidangan sehari).
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit Strok/Angin Ahmar 

Kesan strok ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal. Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit strok.

Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam hal-hal seperti: 

• Jurupulih Pertuturan 
- membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap 
kebolehan menelan 

• Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) 
- mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan 
pengubah suaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan 
pesakit Strok

• Jurupulih Perubatan (Anggota) 
- mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan

sumber:
1. strok ragut nyawa satu daripada enam wanita
2. infosihat
harap info ini berguna, ya!

===============================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.