Langkau ke kandungan utama

Power Window

Assalamualaikum.....

Pernah, bila kita naik kereta Proton, tingkap kereta tu problem. Ada yang tak boleh tutup. Ada masa pulak, ketika ditutup...sangkut dan kita pun mula mengomel:
"Inilah kereta Malaysia. Baru beli dah rosak! Baru pakai, ada aje masalah! Itulah, abang! Orang nak beli Vios, abang nak juga kereta Proton. Konon nak majukan industri kereta Malaysia! Majulah sangat! Nak pasang Power Window pun tak tahu!"
Aik, ada yang dah tersengih? Hmm, kena batang hidung, ya?


So, jangan marah suami dah lepas ini, ya! Sebab, Proton dah berinovasi sekarang. Baca...
''Masalah tingkap kuasa ini bukan luar biasa malah saya pun mengalaminya satu ketika dulu tetapi stigma dan cakap-cakap orang (dijaja dari mulut ke mulut) telah merosakkan imej Proton,''
- Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, 

Kereta Proton sering kali diberikan persepsi negatif akibat kegagalan tingkap kuasanya (power window) berfungsi walaupun sebenarnya kegagalan itu bukan melibatkan semua jenama Proton dan peratusan yang rosak juga amat kecil.


Mendepani permasalahan dan untuk meyakinkan orang ramai, Proton kini mengumumkan pemberian jaminan ke atas komponen berkenaan sepanjang hayat kenderaan yang dibeli oleh orang ramai. Jaminan itu meliputi kereta yang dijual di pasaran domestik untuk pendaftaran persendirian dan syarikat.
"Kami memberi jaminan bahawa segala kerosakan berkaitan tingkap kuasa itu akan dilindungi selama 10 tahun (jangka hayat bagi sesebuah kereta) atau 250,000 kilometer pada tarikh kereta tersebut didaftarkan. Pemilik boleh menukar komponen tingkap kuasa itu seberapa banyak yang diinginkan tanpa ada bilangan tertentu tetapi bergantung kepada kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Proton,'' 
Antara komponen yang terlibat di dalam penukaran itu ialah alat kawal atur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis tingkap kuasa dan saluran laluan tingkap kuasa.

Pemilik kereta yang menghadapi masalah itu boleh pergi ke mana-mana pusat servis Proton yang bertauliah tanpa dikenakan bayaran upah dan harga komponen yang ditukar.

Syarat:
1. Mana-mana kenderaan yang didaftarkan sebelum 31 Ogos 2011 dan masih di bawah jaminan pengeluar boleh menuntut kad jaminan dari mana-mana pusat servis bertauliah, Proton Edar Sdn. Bhd., pusat servis EON.

2. Bagi kereta yang baru didaftarkan selepas 1 September, pemilik kereta secara automatik telahpun didaftarkan di dalam pangkalan data Proton.

sumber: power window

=============================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…