Langkau ke kandungan utama

Perkara yang tidak perlu semasa menghantar RESUME 2

Assalamualaikum.....

Kita sambung lagi membincangkan perkara yang tidak perlu anda letak / masukkan semasa anda menghantar resume. Semoga menjadi panduan kepada anda yang ingin memohon pekerjaan.

6. Umur, Bangsa, Agama, Keadaan Kesihatan, Ketidakupayaan, Tinggi dan Berat

Sepatutnya tidak perlu dimasukkan/ditulis/diberitahu kerana dalam undang-undang telah menetapkan supaya syarikat yang ingin mengambil pekerja tidak merujuk kepada perkara-perkara di atas dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, semua itu telah diabaikan.  

7. Kelemahan

Pastikan anda tidak mendedahkan kelemahan dalam resume anda. Sebagai contoh, anda menulis begini;
Saya mahir dalam 'Word Processing kecuali Excel dan Power Point.
Tu, namanya memang anda tak mahukan kerjalah sebab siapa yang hendak mengambil pekerja yang tidak cekap, kan?

8. Komen-komen yang negatif

Jangan bercerita yang buruk tentang bos anda di tempat kerja yang lama. Jangan bercerita tentang masalah kewangan yang anda alami. Kalau anda pernah ditangkap kerana mencuri, simpankan rahsia itu dahulu. Berterus teranglah hanya jika anda dikehendaki untuk berbuat begitu. 

9. Menipu dan Berlagak

Dua perkara yang perlu dielak. Jangan menipu tentang pencapaian, pengalaman atau pendidikan. Anda kena faham yang jika tempat kerja baru mahukan anda, pihak pengurusan akan menghubungi majikan lama anda. Bayangkan apa yang mereka fikirkan jika anda sebenarnya hanya berlagak itu dan ini di dalam resume padahal pihak pengurusan lama telah memecahkan tembelang siapa sebenarnya anda. Habislah....

10. Impian Masa Depan

Di dalam resume, anda tidak perlu menerangkan impian dan harapan masa hadapan anda. Siapa peduli dengan apa yang anda ingin jadi lima tahun lagi? Jadi, sepatutnya anda fokus kepada jawatan yang anda pohon bukannya berangan kepada impian tersebut.

11. Politik dan Prejudis

Anda tidak perlu memberitahu di dalam resume tentang fahaman politik yang anda pegang. Undi adalah rahsia dan lebih baik berahsia tentang misalnya, kemarahan anda kepada kerajaan. Manalah tahu, kan? Perbezaan pendapat dan sikap prejudis anda membuatkan bakal 'employer' menarik balik keputusan mengambil anda bekerja. 

Itulah antara tip-tip perkara-perkara yang tidak perlu anda tulis dalam resume. Diharap memberi manfaat. 




==========================================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…