Langkau ke kandungan utama

Perkara yang tidak perlu semasa menghantar RESUME


Assalamualaikum.....

Anda sedang mencari kerja? Dah banyak tempat anda minta, tapi masih tak berjaya? Mungkin masa temuduga, anda begitu yakin yang diri anda akan terpilih mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan tetapi akhirnya, habuk pun tarak! 

Di mana silapnya? Pada diri? Semasa temuduga? Atau lama sebelum itu... iaitu semasa anda menghantar resume lagi? Mana satu? 

Sebenarnya, semuanya bermula dari semasa anda mula menghantar resume diri anda lagi! 

Mendapatkan pekerjaan bukan mudah di zaman di mana persaingan adalah sengit. Bagi satu-satu jawatan, ada ratusan malah ribuan permohonan. Tentu sahaja sebanyak itu juga yang akan kecewa kerana jawatan yang ditawarkan hanya satu dan hanya seorang sahajalah yang akan terpilih. Antara alasan yang sering diberikan bila dilontarkan pertanyaan mengapa seseorang itu tidak diambil bekerja oleh sesebuah organisasi ialah cara penulisan resume yang entah apa-apa. 

Tahu tak apa maksudnya? Maksudnya, anda menuliskan perkara-perkara berikut dalam resume anda: 

1. Menulis tentang pekerjaan sampingan yang dibuat yang tiada kaitan dengan bidang yang dipohon.

Dalam resume, anda tidak perlulah menulis tentang pengalaman anda bekerja sebagai tukang cuci pinggan di kedai mamak, atau promoter di pasar raya mahupun sebagai pembantu rumah jika sekiranya anda sedang memohon jawatan sebagai seorang jurutera. Kerja-kerja itu tidak ada kena mengena dengan bidang kejuruteraan jadi JANGANLAH TULIS TENTANG PENGALAMAN BEKERJA YANG TIDAK ADA SANGKUT-PAUT DENGAN KERJA YANG DIPOHON.

2. Menulis tentang hobi yang tidak bersesuaian dengan kerja diminta.
Contoh - anda menulis tentang hobi anda mengumpul barang-barang antik.... so hobi ini sesuai kalau anda hendak bekerja di muzeum tapi langsung tidak kalau anda hendak menjadi akauntan, bukan begitu? Jadi, TULISKAN MINAT DAN HOBI YANG SESUAI DENGAN KERJA YANG DIPOHON SAHAJA, OKEY!

3. Perkataan-perkataan yang membosankan dan sudah menjadi 'cliche'
Resume sebenarnya menjual diri anda. Kalau setakat menulis, 
"Saya boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja," 
pihak Human Resource syarikat sudah tidak hairan dah. Gunalah ayat-ayat yang lebih power yang mampu menggoda penemuduga. Misalnya, 
"Saya boleh bekerja secara berpasukan di mana saya boleh memimpin dan mengeluarkan idea-idea secara spontan yang boleh diterimapakai..."
KELUARLAH DARIPADA KEBIASAAN DAN TONJOLKAN KELEBIHAN YANG ADA DALAM DIRI

4. Objektif yang kabur
Menulis begini.... 
Saya hendak membantu syarikat melalui kerja keras, 
adalah objektif yang kabur. Gantikan ayat itu dengan....
InsyaALLAH, saya yakin, jika saya dipilih bekerja dalam syarikat ini, saya dapat membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat melalui usaha, kegigihan dan pengalaman yang saya ada. 
TULISLAH AYAT YANG MENUNJUKKAN KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI DALAM OBJEKTIF.

5. Menghantar gambar
Bunyinya pelik saja, kan? Tapi kenyataannya, begitulah. Tak perlu menghantar gambar dalam resume kecuali jika anda diminta berbuat demikian. Mengapa tak perlu? Tentu sahaja bagi mengelakkan pilih kasih oleh penemuduga. Dibimbangi penemuduga memilih yang tampan dan yang cantik sahaja.... BAWA GAMBAR HANYA SEMASA ANDA DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA SAHAJA. 

bersambung lagi....

===================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…