Langkau ke kandungan utama

Perincian bajet 2012


Assalamualaikum..... 

Kalau semalam, aku kutip sikit2 jek... sekarang aku masukkan intipati belanjawan secara fokus. Tujuannya supaya semua kita, termasuk anda dan aku sendiri lebih faham.

FOKUS BAJET 2012

Bajet 2012 dirangka dan dirancang bertemakan "DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA" dengan memberi penekanan kepada lima fokus utama.

1. MELIGAT PELABURAN

Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah:

- Projek landasan kereta api berkembar Gemas - Johor Bahru; 
- Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor - Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Barat Banting - Taiping, Lebuhraya Segamat - Tangkak dan Lebuhraya Central Spine serta pembinaan Jalan Kota Marudu - Ranau; 
- Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.

Bagi tahun 2012 pula, kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion di bawah dana, Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta atau PPP yang berperanan sebagai tipping point bagi membantu sektor swasta membangunkan projek yang mempunyai nilai strategik kepada negara di mana dijangka, RM300 juta akan digunakan oleh usahawan Bumiputera.

Bagi tahun 2012, kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan di lima wilayah koridor.

Aku kurang minat bab ni... so terus ke fokus kedua

2. MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI

Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran yuran pelbagai akan dimansuhkan di sekolah-sekolah. Buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

FOKUS KETIGA: PROGRAM TRANSFORMASI

1. Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC sebagai pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian; perbankan dan insurans; khidmat nasihat perniagaan; latihan dan kemahiran; klinik serta ruang niaga. 

2. Mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan-pekan kecil. 

3. Melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang melibatkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan peruntukan sebanyak RM110 juta. 

FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM

Untuk kaki tangan awam:
- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. 
- SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. 
- SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. 

SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

1 Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

2. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. 

Contohnya, 

Gaji maksimum       SSM                   SBPA
                            
bagi seorang guru   RM6,325.39         RM8,710. (meningkat 37.7%)
pada gred DG48 

bagi guru bukan      RM3,860.52         RM5,370 (meningkat 39%) 
siswazah gred
DGA34

3. Laluan kerjaya lebih baik. 

Dalam skim baru mengikut time-based:
Gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16 (siswazah)
Gred 29 kepada 32 pada tahun ke 8 (bukan siswazah) 
Bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; 

4. Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

5. Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

6. Melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.

7. Menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. 
Pada tahun 2012:
- 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana 
- 500 untuk peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru 
- 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. 

Army Care:
Antaranya - 
Kepada 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen -  program latihan khusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak. 

FOKUS KELIMA: MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT

1. Melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2011 hingga 2020
- menjamin bekalan makanan mencukupi, 
- meningkatkan nilai ditambah, 
- melengkapkan dan memperkukuhkan rantaian bekalan 
- menyediakan guna tenaga pertanian berpengetahuan dan terlatih;

2. Memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektor pertanian. 

3. Memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi.

4. Memperbanyakkan program ladang kontrak bagi mempastikan bekalan produk makanan mencukupi. Program ini akan dikendalikan oleh FAMA di mana hasil keluaran akan dipasarkan terus ke pasar tani seluruh negara. Seramai 4,500 usahawan tani akan terlibat dengan keluasan tanah 7,000 hektar. 

Bagi tahun 2012, program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi 
- bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; 
- bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan had maksimum RM450 sebulan 
- bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara RM150 hingga RM300 sebulan. 

Bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat seperti berikut:

1. Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara. 

2. Membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia. 

3. Memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari. 

Bagi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000, kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.

Kerajaan juga memahami beban kerja pegawai perubatan di mana mereka bertugas berterusan melebihi 45 hingga 120 jam seminggu. Situasi ini sememangnya tidak kondusif untuk mereka memberi rawatan berkualiti. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memperkenalkan jadual kerja luwes atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, di mana waktu kerja di jadual semula kepada purata 60 jam seminggu. Bagi menggantikan Elaun Luar Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September 2011. 

Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun on-call semalaman antara RM30 hingga RM80 berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Untuk menambah pendapatan boleh guna dan menggalakkan minat melabur di kalangan golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia yang amat bitara atau istimewa. Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun. Pada akhir tempoh lima tahun, pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik. Skim ini akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama institusi kewangan terpilih mulai Januari 2012.

Ni, untuk pemandu, pemilik teksi pula:

1. Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan;

2. Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik;

3. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian;

4. Pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh BSN akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012; dan

5. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM1,000 akan diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.

Untuk belia:

Bertolak dari situ, kerajaan akan menubuhkan sebuah syarikat modal teroka milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capital dengan dana permulaan RM200 juta.

Untuk warga emas:

Mulai 1 Januari 2012, semua warganegara berumur 60 tahun dan ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik kerajaan. Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.

Untuk pekerja swasta:

Dalam Bajet 2011, pekerja swasta menikmati pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk caruman kepada KWSP dan insurans hayat. Ia diperluaskan bagi meliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta, kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta. Tambahan...

1. Pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun. 

2. Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta; 

3. Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.

Untuk pesara:
Caruman majikan akan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Untuk rakyat:

Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:

1. Bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.

2. Bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional.

3. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. 

4. Pencarum KWSP boleh membuat pendaftaran awal untuk menunaikan haji melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300. Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah RM1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.

5. Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

==================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…