apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.10.11

Pemergian RAIN ditangisi peminat


Assalamualaikum.....

Semalam hujan lebat tau! Tapi di Seoul, Korea Selatan saja. Dahlah hujan, ada jeritan penuh tangisan pulak tu! Rain! Rain! Rain! Haha...

Dia bukan sahaja popular di Korea. Namanya sudah meniti di bibir peminat di seluruh dunia sekarang ni. 

Aku hanya mengenali Rain menerusi drama Full House dan lepas tu terus minat dia. Sekarang ni malam-malam di TV8, Rain berlakon dalam Fugitive 2, kalau tak silap, itulah tajuknya. 

Ratusan peminat dari China, Jepun dan Malaysia menangis dan bersorak di luar bandar raya Seoul untuk memgucapkan selamat jalan kepada penyanyi itu yang akan menjalani perkhidmatan kerahan tentera selama 21 bulan dalam pasukan tentera Korea Selatan. 

Ramai sungguh yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan 
kepada Rain, kan? Hebat betul!

Penyanyi berusia 28 tahun itu ditempatkan di sebuah pulau di sempadan Korea Utara yang tegang yang secara teknikalnya berperang dengan Korea Selatan selepas Perang Korea tamat pada 1953 dengan satu perjanjian gencatan senjata. Wah, tentulah badan dia akan jadi makin tegap, kan? Eeii gatai..huhu!

Tengoklah gelagat peminat wanita Rain ini...

sedih betul mereka, ya? 

Mungkin ada yang tanya, apakah sebabnya aku memasukkan perkara ini? Masuklah sesuatu yang lebih berfaedah? Ini, suka sangat memasukkan entri tentang artis. Artis luar pulak tu?

Aku membicarakan tentang sikap dan tanggung jawab di sini. Betapa populariti dan kehebatan tidak menganggu gugat kesetiaan artis ini terhadap negara tercinta. Bayangkan betapa dalam tempoh 21 bulan, Rain terpisah daripada glamour dan mungkin terlepas beberapa peluang untuk pertunjukan pentas bernilai jutaan won. 

Itu yang mendorong aku memasukkan entri ini. Artis sebeginilah yang boleh dijadikan contoh. Contoh, ya.. bukan idola! Tidak seperti artis yang hanya hidup untuk glamour dan populariti murahan ..... Ops...

========================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.