Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

19 October 2011

Orang ketiga....



Assalamualaikum..... 


Keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri mencapai tahap kritikal sehinggakan tadi dalam kosmo menyatakan di Malaysia, ia mencapai 77 pasangan sehari. 

Banyak sebab mengapa perceraian berlaku tetapi yang sering   dikaitkan ialah dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Aku bawakan pandangan pasangan suami isteri yang terkenal melalui rancangan Semanis Kurma. Mula-mula, apa kata sang suami kemudian bicara petah si isteri. 

Mengulas isu orang ketiga ini, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya.

Maksudnya, termasuk dalam senarai yang tidak boleh dibuat ialah mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.


Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab ALLAH sudah mengatakan jangan hampiri zina.

Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras.

USTAZ Wan Akashah berkata lagi, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.


Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya. Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin. 

Para isteri yang malang, bacalah lagi...
Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.
Banyak kes membabitkan orang ketiga merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini, katanya.

Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya. Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini, katanya.

Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita. Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.

Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan.

Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu. 


========================================

4 comments:

  1. Dah lama benda terjadi Dlm tahun 1990 hingga sekarang apa nak buat kat mana sekarang wanita menguasai sector pekerjaan agaknya kerajaan kena banyak kan askar2 kat Malaysia supaya lelaki Ada perkerjaan tak adalah perempuan kat Malaysia be rebut lelaki ygstabil

    ReplyDelete
  2. memang dunia dah sampai ke akhirnya. suami yg alim, baik dan disenangi smua pun sanggup melakukan zina dgn janda anak 3 yg bertudung. dua2 dah berumur 41thn. sapa yg salah. lebih teruk, perbuatan itu dilakukan dipejabat. tapi x siapa yg tahu sebab dilakukan hujung minggu. si isteri telah memberikan kebenaran utk mereka berkahwin tapi suami pulak x nak. katanya dah insaf. bole percaya ke? yg si janda pulak, napela awak ni x de perasaan langsung. awak tu ada anak dara form 2 lagi. kalau terbaca comment ni.... insafla. kembalila ke jalanNya. Jgn hidup atas kesengsaraan org lain. Ingatla, hari ini kita buat org, hari lain kalau tidak berlaku pd kita mungkin akan berlaku pd ahli kluarga kita.

    ReplyDelete
  3. @Anonymous, mungkin lelaki muda malaysia sekarang semakin malas dan suka habiskan masa depan lappy... tu yang perempuan cari yg tua2 dan kononnya...stabil?

    ReplyDelete
  4. @Anonymous, ujian ALLAH kepada hambaNYA datang dalam pelbagai bentuk. Yang kaya diuji dengan harta, yang miskin diuji dengan kesusahannya, yang cantik diuji dengan kecantikannya... semakin usia meningkat, di zaman ini, semakin mudah digoda oleh harta, paras wajah dan seribu satu benda lagi yg ada di sekeliling. dunia berputar.... hari ini kita di atas, esok2 kita mungkin di bawah. bila kita digoda, ingatlah bahawa akan ada hati yg terluka. mahukah kita dilukakan sebagaimana kita melukakan hari ini? fikirkanlah...

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Ping Busuk