Langkau ke kandungan utama

Mereka ke sini untuk apa?

Assalamualaikum..... 

Bukan sedikit jenayah yang dilakukan mereka. Menipu, rogol, rompak, pecah rumah, malah membunuh juga. 

Sebutlah warga asing.... pasti kisah mereka memenuhi ruang-ruang akhbar kita. Tidak kira dari negara mana.... Indonesia? Nigeria? Burma? Vietnam? Bangladesh? Pakistan? 

Kadang-kadang aku rasa macam hendak balik ke zaman 10, 20 tahun dahulu bilamana hendak keluar rumah pun tiada ketakutan. Walaupun waktu itu aku seorang budak perempuan, aku dan kawan-kawan bebas ke mana pergi. Setakat diusik2 oleh suara-suara nakal beberapa orang budak lelaki yang bila kita tengok balik, dia tersenyum malu pada kita, rasanya, tak adalah apa sangat, kan? 

Cuba kita lihat pada kehidupan hari ini. Untuk membenarkan anak-anak pergi ke kedai runcit berdekatan rumah sekalipun, kita bimbang. Usah kata anak perempuan, untuk suruh anak lelakipun, kita berfikir dua tiga kali. 

Warga asing ini datang kerana hendak mencari makan namun malangnya ada juga yang datang kerana niat yang lain juga. Sudahnya, ada yang berani sehingga berbunuhan. 

Di Gerik, seorang lelaki Pakistan ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan lemah, tidak bermaya. Dia masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu. Sepanjang masa itu juga, dia terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.

MAUT...mayat seorang daripada dua lelaki Pakistan yang dibuang dari jambatan.

Apakah punca sehingga sanggup berbunuhan? Kenapa menjadi sekejam itu? Mengapa setelah ada pendapatan, hidup agak mewah berbanding di negara sendiri, masih hendak buat hal? Tidakkah tahu mensyukuri nikmat TUHAN? 

Benci betul bila baca tentang peristiwa-peristiwa sebegini yang membabitkan warga asing. Haih!

============================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…