Langkau ke kandungan utama

Merawat Hati Yang Luka

"Kita berpisah!" 

Alisa memandang wajah tampan itu dalam rasa tidak percaya. "Tapi, kenapa?" tanya dia.

Zubir pandang wajah itu penuh kebencian. Macam tak faham? 

"Aku dah benci dengan kau! Dulu, aku ingat kau boleh jadi kekasih aku tapi, kau tak layaklah! Lagipun, aku dah jumpa perempuan lain yang lebih cantik, bergaya, manja, berbanding kau."

Bibir Alisa bergetar-getar. Pelupuk mata sudah basah. Meskipun perpisahan ini sudah dijangka, hatinya tetap dipalu sedih kerana Zubir cinta pertamanya. Dia sayang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini!

"Kenapa sampai hati awak buat saya begini? Apa salah saya? Apa yang dah saya buat sehinggakan awak tergamak buang saya. Tiga tahun kita bercinta, tak kan sikitpun cinta itu tidak dapat beri awak kebahagiaan? Tak adakah sikitpun dalam hati awak tempat untuk saya?"
................................

Assalamualaikum,

Saat bercinta memang indah tetapi memberikan hati seratus peratus kepada lelaki seperti Zubir, adalah satu kesilapan yang besar, yang dilakukan oleh Alisa. Alisa pasti akan ditinggalkan oleh Zubir. Alisa pasti akan mengalami perasaan putus cinta. Hatinya pasti akan terluka. 

Apakah yang harus anda buat bila hati anda dilukai oleh lelaki sekejam Zubir? Ada tiga perkara yang boleh anda buat sebenarnya. 

1. Menangis

Menangislah sepuas hati. Meraunglah, menjeritlah! (Tapi menjerit dengan meraung tu tak elok, okey! Sebab kalau kematianpun dilarang kita merintih, inikan pula bila putus cinta?). Ambillah masa anda untuk menangis... sejam, sehari, tiga hari, seminggu, sebulan..... suka hati anda! Tetapi tanya diri! Berbaloikah menangis kerana lelaki seperti Zubir itu!

2. Meluah perasaan

Cari seseorang yang rapat dan anda percaya. Luahkan kekecewaan anda. Ceritakan semua tentang cinta yang tidak kesampaian itu. Jangan pendamkan rasa kecewa kerana ia amat menyakitkan.

3. Sibukkan diri

Rasa teringat saja, cepat-cepat buat sesuatu. Rasa air mata tu hendak mengalir saja, cepat-cepat pergi masak ke, basuh kain ke, asalkan anda tidak terus mengingati si dia. Agar anda dapat melupakan kenangan. Buatlah rancangan untuk masa depan kerana anda tidak akan selamanya begini. 

4. Buang semua pemberiannya. 

Anda tak perlukannya lagi. Kalau disimpan, pasti ada hati yang terluka nanti. 

5. Bersegera mencari cinta baru

Satu pergi, sepuluh mari.... 

Tunjukkan pada dia bahawa, anda reda kehilangannya dan tidak akan teragak-agak mencari penggantinya yang lebih baik, lebih sempurna!

================================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…